CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 21, 2013

indahnya

"Walau mcm mana stress pon kita, walau mcm mana teruk pon masalah kita, Islam ttp ajar kita, utk ingat org lain, utk tidak selfish... Allahu rabbi.. Islam sgt2 indah.." - Naqibah

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, May 14, 2013

the pearl

Ya Allah..
Jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Dekatkanlah hatiku dengan hatinya..

Jika dia bukan milikku..
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.......

Aamin

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, May 6, 2013

MANDAT



Alhamdulillah berakhir sudah PRU 13 di Malaysia.

Dan semua kita tahu bahawa Barisan Nasional berjaya mengekalkan kekuasaan sebagai kerajaan Malaysia.

Tahniah Barisan Nasional. Semoga dengan kebangkitan rakyat  ini dapat memberi kesedaran kepada BN untuk terus berubah demi Islam & Rakyat. Belajarlah dari kesilapan.

Will see BN for the next 5 years. Hope for a better nation as they voted for. Berubahlah BN untuk masa depan negara ;)

Kepada bakal pemimpin baru dan lama yg baru sahaja dilantik seula semalam, peganglah amanah sebaiknya. Kerana amanah dan tanggungjawab itulah yg akan disoal disana.

Btw, aku gembira dpt melihat kebangkitan rakyat. Bermakna rakyat adalah raja dan bukan mudah untuk diperbodohkan kecuali mereka yang memang tidak mahu mencari sumber2 perbandingan antara dua puak.
Ini menjadikan pemimpin akan lebih berhati-hati atas segala tindak tnduk mereka.

Syabas rakyat Malaysia kerana menunaikan tanggungjawab tak kiralah anda Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.


Tok Guru berpesan agar redha dengan apa sahaja keputusan. Kita masih ada kerajaan yg lebih Agung. Kerajaan ALLAH S.W.T. Bergantunglah sepenuhnya kepadaNya. Allah sebaik2 perancang. Trust in Him.

Start to change ourselves first. Pray harder and then we can ask for more :)


Cukuplah memainkan isu sentimen perkauman. Kata 1 Malaysia.


Jumlah undi yang diraih BN ialah 5.2juta. Jumlah undi diraih PR ialah 5.5juta - SPR


wassalam :))

Sunday, May 5, 2013

PihanRaya Malaysia vs Karnataka




5 Mei 2013..

Rakyat Malaysia hari ini sedang menjalankan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi. tapi dimanakah aku???

Rakyat Karnataka hari ini keluar mngundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, Tapi aku disini tidak pula pergi mengundi Hehehe

Tidak dinafikan bahawa aku rasa sangat berdosa. Tidak dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab memandangkan mengundi adalah satu kewajipan. Sungguh, rasa berdosa itu masih menyelubungi jauh di sudut hatiku.

Walaupon jasadku di Karnataka, namun hatiku di Malaysia.

Segala cerita, jenaka, suka dan duka serta fitnah yg bertebaran sempat aku baca dan bandingkan antara kedua2 belah pihak dengan menggunakan akal yang waras. KIta dengar dan tgk dr kedua2 belah pihak.


Yes, politik. Inilah politik Malaysia..

Nmun, tidak pernah terpalit rasa ingin tahu pon tentang politik di Karnataka ini. Maaf.


"Your NO politic is a politic to those who know how to manipulate your NO politic thinking."



Semoga pilihanraya kali ini lebih matang

Dan aku redha apa sahaja keputusannya kerana kesemua itu hanya Allah yang menentukanNya.
Mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Malaysia.

Saturday, May 4, 2013

vacuuummmm...



new post..
after few months being left unwritten...


don't even know what to update.
wanna share something about my study? a big nayyyy
wanna share something about my life? no no no
wanna share something about GE13?? nehiiiii


Juz wanna share some of short stories on my not-so-new-relationship-status..

Yeah,

On my last 25th birthday which was on 8th Oct 2012, Majlis Merisik was held at my granny house.


There were 2 cars from his side. And that time was my first ever time to meet up his mother, little sis, and uncles/aunties. Hafiz wasnt there. he just stayed at his house. Chhheeesssseeee!!! saja nak kenakan aku

Yeah i know im a bit backwards in our relationship. Yes, i never meet his mother/family during our couple time tp dia salu gak dtg umh aku utk melawat fmly walopn masa tu aku xde kat rumah. :)
Aku just penah ckp on the fon je dgn his mom..Ye la, kena la jual mahal sikit. Nanti kang mcm aku pulak yang terhegeh2.

The most awkward moment was when i'd served the foods & tea.
All this while tak penah rasa MALUUUUUU giler..Time tu memg malu keperempuanan betullll.. Ye la org nak dtg tgkk kan? Tak penah rasa malu dan PENDIAM mcm tu skali..hahahaha

Alhamdulillah everything went well n i was happy bcoz my Nasi Berlauk Ikan Tongkol mjadi favorite merekaaaaa..hihihi
We discussed bout our engagement day and it was more to majlis suai kenal and we changed our hantaran as well :)

What a memorable moment on my 25th birthday :))  '081012'



27th Oct 2012

Engagement Day was held in my house Pasir Puteh,Kelate. Malas nak crita panjang. Ngantok!!

From him to her :
1) Bodyshop set for Women
2) Kain pasang
3) Kek Choc "will you marry me"
4) Buah-buahan
5) Sirih junjung + fresh flowers + cincin

From her to him :
1) Bodyshop set for Men
2) Kemeja Levis
3) Seluar Levis
4) Cupcakes
5) Buah-buahan
6) Chocholates
7) Sirih junjung & cincin

Ramai kawan2 yg bertanya kenapa tak dpt undangan. Bukannya ape, majlis ini lebih kepada majlis family. Maafkan saya. Majlis  sebenar nanti, barulah majlis kami bersama2 dgn mreka yang lain2 :)





PsssT : Ni blog personal ke blog perkahwinan? mesti dh terjangkit dgn blog2 walking aku thdp B2B haih

PsssT 2 : Doakan kami..Perjalanan kami masih jauh. Dan anything can happen in between. Aku sentiasa berpegang kepada "Kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah adalah yg trbaik"





Monday, January 28, 2013

habuk

tak dpt nk update byk benda.
ini semua kerana...


laptop rosak

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, December 30, 2012

dosa semalam, hari ini dan seterusnya




Dengan menyebut nama Mu ya Allah 
Yang Maha Pengasih, Penyayang 
Segala puji bagi Mu ya Allah 
Pemelihara seluruh alam raya 

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang 
Yang menguasai Hari Pembalasan 
Hanyalah kepada Mu kami menyembah 
Dan pada Mu kami mohon pertolongan 

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus 
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat 
Bukan jalan mereka yang Kau murkai 
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat 



Astaghfirullahalazim



Monday, December 10, 2012

Ape kena dgn Dr Gill pulak?


Dalam bilik EM..
syapija pasang lagu ni..
lagu yg sgt mendayu2..
tapi..

tapi dapat dgr separuh je..
sbb Dr Gill masuk dlm bilik..
terus menuju ke jamban..
tp mcm biasa lah..
kalo ktorg tak kena sakat tu..
tak Normal la kan?

aku penah dengar lagu ni..
suka dgn lagu ni..
tp seperti biasa tak layan lirik..
sekali dh layan lirik..
perghhhh..
sedih..
ok bye

p/s : Dr Gill adalah doc yg kacak! bye!

Thursday, November 29, 2012

sedia?

Almost a month being posted to Emergency Department.


And the most important point that i wanna share with you is :

"Ajal tu akan tiba bila2 masa sahaja. Bersediakah kita?"

Lot of cases we've seen.
And the worst part is,

"Jatuh dengan tiba2 sambil menunggu bas lalu mati"

Sangatlah untung andai ketika itu kita berada dlm keadaan yg cukup bekalan untuk ke sana. Bagaimana pula andai aku yg berada dlm keadaan mereka? Astaghfirullah..... ;(

Masih perlu mencari bekalan..
Semoga sikit2 lama2 jadi bukit...
Kerana setiap hari sudah pasti bukit2 itu terhakis.
Jgnkan trlalu sibuk mengejar urusan dunia sehinggakan tercicir mengumpul bekalan akhirat.

Hurm..
Itulah kuasa Allah.
Ajal kita dimana2 sahaja.
Semoga diberi pengakhiran yang baik.

Andai esok ajalku..
Aku masih belum bersediaaaa ;(((((

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, November 14, 2012



He never fails to make me laugh.. :)

Friday, September 14, 2012

2 weeks


Almost 2 weeks post-opt LASIK.
Quite satisfied with this.
Still waiting for the 'fluctuation' vision test decreasing day by day ;D
Will update to you later peeps.
since most of my friends from Malaysia asked me the same questions.
;)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, August 26, 2012

Aidilfitri di Perantauan



Since today is Sunday,
So, the theme is Speechless Sunday.
Will let u rolling ur eyes & shut ur vocal cord.
Bahahaaha



Kisah Raya Pertama, 1 Syawal

 Before Eid Prayer. kemwor
From left : Buddy, Bonga, Banje


 The Seniors who are not going back home.
The final war may begin at the end of September. All the best Seniors :)


Kemwor jap sebelum pegi beraya rumah org ;)
Rumah kami tertutup raya pertama. 


Di rumah Tom. Umah pertama yang WAJIB serbu.. bahahaha..
Sedapppp wohhh dorg masak... ;)



Ni rumah ke2 pegi beraya. Umah senior. Thx jemput kami.
Dapatlah jumpe bby Kak Ma omg sangatlahhh booolaaaatttt. 
omnomnomnom


 Untuk perhatian En Udje shj.



Cahaya keimanan dari mana tu?


Rumah ke3, rumah Paden. 
Memg xde muka aku, tgh sakan makan sate. hiks


Umah ke 4 : Umah Azie & the geng. 
Kat umah ni berebut dgn Banje biskut Arab. wahaha
Dan pic ini ade terselit uncle Azhar, ayah Azie. Baik & peramah sangat. :)



kemwor jap dpn umah Azie. 
Kami adik beradik tak balik beraya. Sbb tu baju sama.



Ni geng tangga. otw nak ke rumah ke5. 
Malangnya mereka keluar kejap. tak dapatlah rasa pulut panggang. sobs


 Otw nak beraya di rumah ke 6. Umah suami isteri cuddy din & obey


 bersimpuh ayu semuanya ;)








Kisah Raya kedua,  2 Syawal

 Selamat datang ke open house kami :)






 Antara yang banyak membantu kami. trima kasih kalian :)



 senior pon dtg juge :)




Soto, kuah kacang, nasi dagang terengganu.
Alhamdulillah respon positif semuanya :)


Roti Jala, Rendang paru & daging, 
Kuih raya cornflakes madu, choc chips, semperit, arab & tart nenas.
respon positif juga :)


 Tenaga pemasak?


 Kek Black Forest dari tetamu yg sangat sweet :)




Thx korg yg sweet sudi datang melantak :)


Siji, Adam & Nana

 Farisha & Hila. pics Denin, Noni, Diyanah dop dam nk amek..heh

Baz & Nadia senget. haha


The guys :)



The girls :)



Apabila bilik Aida jadi studio........






 Muka berminyak semuanya.phewwww



 Manusia gila camera!!!






Kisah 6 Syawal


Kami beraya di Ice Spice pula. Kalo kat Malaysia hari2 ade open house. Sobs




Siapakah angelina jolie yang sebenar?




PssT : Tahun ni tak nanges pon walopon beraya di rantauan.
PssT 2 : Kalo kat Malaysia rutinnya menziarahi sanak saudara, realitinya disini kami menziarahi kawan2.
PssT 3 : Thanks kpd semua kawan2 yang terlibat secara langsung dan tdk langsung. Buddy & Banje, thanks a lot. (^_^)Y
PssT 4: Sesape yg takde dlm pics ni mintak maaf la.. sbb aku bkn photographer. salahkan si Banje ;P



Salam Aidilfitri...

Sunday, August 19, 2012

Eid Mubarak


Syawal menjelma,
maka..
Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Dear Allah,
Sorry for all my wrongdoings.
and accepts all my good deeds.
and helps me to stay alive and healthy for the next next and next Ramadhan.
InsyaAllah.

Dear Muslimin & Muslimat,
Sorry for everything.
im not perfect, and so you.
;)






Saturday, August 11, 2012

Semoga Ikatan Berkekalan Abadi :)




"Semoga Ikatan Berkekalan Abadi"
Yes, i mean it..


Walau siapa pun kita, kita tetap kawan bukan?
Perjumpaan jarang2 sebeginilah seharusnya kita rebut untuk meraih peluang untuk bersua muka dan bermaafan sesama kita.
Kita semua pun sudah besar, hampir mencecah suku abad.
Bukankah kita sudah matang untuk menilai yang baik dan yang buruk?

Rebutlah peluang untuk bersama-sama rakan2 yang sememangnya tanpa kita sedar, mereka2 inilah yang  TERLALU banyak membantu kita secara tidak langsung kerana mereka sentiasa berada bersama kita sepanjang masa.
Mungkin perbalahan dan pertengkaran kecil itu wujud,
tetapi fikiran matang kita perlulah memainkan peranan bukan?

Di bulan yang penuh barakah ini, dan bakal menyusul pula bulan kemenangan,
Apalah salahnya kita merendahkan ego kita demi sebuah silaturrahim.
Bukankah manisnya sebuah silaturrahim itu?









Salam Perantauan kami :)




Inilah kami. Yang bersikap keanak-anakan.
Namun jauh dihati kecil kami, kami terlalui merindui ukhuwah yang sejati.
Terima Kasih kepada mereka yang terlibat,
sanggup bersusah payah bersama,
kenyang perut suka hati bersama,
mengejar teraweh & witir bersama,
serta ber'fotogenik' dan ber'fotogedik' bersama.

;)


Maaf kerana video ini memuatkan diri ini secara berlebih-lebihan.
Terpaksa menambah ucapan memandangkan video ini lagi perfect jika kekosongan di tempat yang tak sepatutnya di isi. Jadi dimana lagi ucapan2 yang bisa aku pilih memandangkan semuanya disertai kebisingan serta gelak ketawa.
Kalian nak masuk secara berlebih-lebihan dalam video ni ?
Mari ambil soft copy asal video ini dan editlah sendiri.
rasailah kepenatan mata, telinga dan otak untuk melakukannya.
memandangkan aku baru bertatih di bidang penerbitan ini. ;)


Di penghujung video ini memg aku sengaja selitkan lagu raya beserta liriknya iaitu
"semoga ikatan berkekalan abadi"
because, i really2 mean it.

I Love You guys.








Rindu & Regret




Approx a week before Eid.
and now the feeling of regret-ful-ness comes and goes.
Regret lah jugak since u're the minor group yang tak balik raya.
Yes however, no biggie for me if i'm not going home.
since i was there last 2 months to settle down so many things ;)


But But But
The one, the most & the only thing that affects me a lot.
That will keeps my lacrimal ducts fuctioning very well in this Hari Raya morning..


where,
i'll missed the Yaasin recitation along with beloved mommy & siblings on the very 1st day of Syawal.
Where every year, after performed the Solat Hari Raya, we're straight away from the mosque to Tanah Perkuburan Wakaf Berangan, Pasir Puteh to 'meet' my late father.
Sobs :'(

Honestly, u can feel the differences when you recite it during normal day or during Hari Raya.


Dear Abah,
Don't worry.
Yes we are away, but the doas are always attached us together.
InsyaAllah.

:)



Dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kerana ia dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan kepada akhirat dan janganlah kamu berkata perkara yang tidak baik". (HR al-Hakim)


Thursday, August 2, 2012

Wednesday, August 1, 2012

semuanya dari Dia...

Yang baik itu datangnya dari Allah.
Yang buruk itu JUGA datangnya dari Allah cuma disandarkan kepada kita..

Maka,siapakah kita untuk mengeluh tentang perjalanan hidup kita sendiri..
Sedangkan Dia yang berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya!

;(

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 28, 2012

Senandung




Maaf.
bukan ingin menceritakan tentang kisah Senandung Semalam nyanyian Jamal Abdillah.
Cuma ingin berkongsi cerita tentang Senandung Al-Fatihah..



Semenjak beberapa bulan ini, group kami sangat menekankan tentang surah teragung..
Surah Al-Fatihah..
dan aku tahu..
Ramai yang memandang remeh. apetah lagi berlagak besar.
Iya lah, kerana sudah fasih membaca Al-Fatihah sejak dari usia setahun jagung lagi bukan?

Namun, ketahuilah bahawa..
betapa ramai diantara kita masih terSALAH bacaan Tajwid dan Makhrajnya..
termasuklah aku sendiri..
:(

Terdetik dihati, "susah rupanya bacaan Al Fatihah ini"
Maklumlah, lidah sudah tebal dan sudah keras dan kelu untuk membaiki bacaan.
iyelah, usiaku yg semakin menjangkau suku abad..
kini aku bertatih. memulakan langkah kembali.
inginku cuba..
inginku istiqamah..
tidak mahu ku tersungkur jatuh. Lagi.
dan andainya aku tersungkur duhai sahabat yg diredhai..
tariklah aku kembali..untuk mengenal penciptaku........
walaupun aku terpaksa merangkak kembali..


Marilah kita mengambil kesempatan untuk memperbaharui bacaan Al-Fatihah kita.
Jangan ego atau malu untuk belajar.
kerana bukankah belajar itu sehingga ke liang lahad?
dan bukankah cita2 kita semua untuk menjadi yg lebih baik  :)







"Dengan menyebut nama Mu ya Allah 
Yang Maha Pengasih, Penyayang 
Segala puji bagi Mu ya Allah 
Pemelihara seluruh alam raya 

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang 
Yang menguasai Hari Pembalasan 
Hanyalah kepada Mu kami menyembah 
Dan pada Mu kami mohon pertolongan 

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus 
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat 
Bukan jalan mereka yang Kau murkai 
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat" 




Saturday, July 21, 2012

Khatam




uhuk..

kecik2 dulu selalu dengar doa khatam Quran ni kat TV.
Hafal pon ala-ala kadar je..

tapi rasanya kali ni kena hafal betul2..
fahami maksudnya juga..

Malu dgn MJ dan kwn2 yg lain sbb ingt tak ingt je..
Padahal since last year sebulan penuh MJ bacakan doa ni lepas abes majlis kami..
hewhew..

Ayoooohhhh kita hafal..
insyaAllah ;)





Ramadhan datang lagi.. :)


Friday, July 20, 2012

Ramadhan kareem ;)



Alhamdulillah..


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..



"Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan....."






"Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah para syaithan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dan dibukalah pintu-pintu syurga tidak ada satu pun yang tertutup, menyerulah seorang penyeru : "Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah, wahai orang yang ingin kejelekan kurangilah, Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam.  (Diriwayatkan oleh Tirmidzi)




Ya Allah..
Istiqamahkanlah diriku..
Begitu jauh perjalananku..
untuk mengejarMu..
kerana aku masih bertatih..
Oh Allah ;'(