Siyesly.. dlm hati aku.. pada tahun,bulan,hari,jam,minit dan saat ini..
Hari Raya Qurban adalah hari untuk berkumpul dan eratkan silaturrahim..
Ya, aku tahu..
dan aku diajar..
bahawa Raya AidilAdha ini untuk mengenang kembali sebuah pengorbanan BESAR Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.
dimana kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah Qurban..
samada satu, dua, tiga atau sebanyak mana bahagian yang diminta..
Tapi kini..
mungkin kerana aku sudah dimanjakan dengan sambutan2 meriah..
makan2..rendang,lemang,ketupat etc
majlis2 keraian..
nasyid2..
jalan2..
maka terpupuslah erti Qurban yang sebenar..
Namun pada malam ini..
selepas seharian beraya sakan bersama rakan2 tersayang.
selepas seharian menerima masuk pelbagai juadah..
selepas seharian menerima pelbagai undangan..
selepas seharian bergelak ketawa di dalam dewan..
aku terkelu membaca komen dari adik beradikku..
tentang kesusahan mereka di Malaysia..
tentang keletihan mereka..
tentang kesedihan mereka..
tentang kesulitan yang keluarga besarku sedang hadapi..
Ya Allah..
besar sungguh dugaanMu kepada keluargaku..
besar sungguh cabaran untuk kami semua tempuh..
Ya Allah..
tidak dapat kunafikan bahawa..
begitu besar PENGORBANAN orang2 yang aku sayangi selama ini..
Mama, Nenek, Makngah..
dan sungguh BESAR jualah PENDERITAAN yang Engkau berikan kepada mereka..
:'(
Mama.. yang kadangkala sihat..kadangkala sakit..
Ya Allah..
Aku bersyukur kerana mempunyai adik yang baik..
yang sanggup menghabiskan masa cutinya untuk menjaga Mama, Nenek dan Makngah yang sedang menderita sakit..
tidak lupa juga kepada kakak,abang2ku yang turut membantu sama..
serta Aunties & Uncles tersayang..
Makngah. kini menderita sakit. dia kini hanya mengharapkan kasih sayang dr anak saudara. kerana tiada suami dan anak2. tak sanggup melihat penderitaan yang dialaminya. :'(
Aku kelu..
sedih..
tergamam..
Aku terpaksa memendam sedih aku..
Tidak mempamerkan secalit kesedihan dihadapan rakan2..
walaupon aku sempat berkongsi sedikit sedihku dengan Aida..
tetapi selebihnya sedihku dikongsi dengan air mataku..
dengan mengunci diriku bersendirian di kamar peribadi..
betapa Allah sahaja yang tahu betapa hatiku tidak keruan..
menanggung segala dugaan sebesar ini..
Nenek ketika sihat dan ceria
Nenek ketika sakit. kini dikatakan mengalami stroke!
I missssss her voiceeeee
Aku berasa malu..
kerana aku tidak mempunyai kuasa dan kudrat untuk menjaga mereka..
namun ku tidak lupa..
untuk menitipkan doa kepada mereka..
kerana itu sahaja yang termampu......
Ya.. aku sedar aku sangatlahhhhh uselessssssssssssss dan tidak boleh diharap!!! :'(