CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 2011












Salam.


Dupdapdupdap...

Fikiran melayang terbayangkan MALAYSIA.
Pergi kelas pon skadar nak cukupkan attendance yang byk sgt rongak. ;)
Dalam kelas tokleh nk fokus. asyik terbayangkan wajah2 family tersayang.


Yes, esok..

esok je lagi..
sehari je lagi..
untuk 26 Ogos 2011......



InsyaAllah aku akan menjejakkan kaki ke Malaysia bumi tercinta.
Bertemu keluarga yang paling aku sayangi.

untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan.
setelah berpuasa, tahan perut, tahan hati, tahan nafsu, tahan marah, tahan rindu, tahan segala2nya selama sebulan... :)


Inilah antara yang paling aku ingin temui....


My EVERYTHING. My MUM..
Tiap2 kali raya mesti berebut dgn adik bradik lain nak salam and cium tgn mama lepas balik ziarah kubur arwah abah. Tapi abelong slalu dpt dlu sbb ikut turn. isk, aku turn no 4 la jadinya.
Tapi beberapa thn ni, aku akan bgn awal2 pagi, cepat2 pegi dapur sbb mama bgn awal pagi untuk sediakan juadah raya. Then time tu lah aku salam,kucup tgn mama, kucup dahi, pipi and rambut putih mama and minta maaf sgt2 sambil meleleh ayaq mata.
banyak sgt dosa aku dgn mama. maklumlah anak nakal.
Harap2 tahun ni aku berkesempatan untuk berbuat sedemikian.
Rindunyaaaaaaaaaa nak tido & peluk mama. ;(









1st NIECE. AINNUR RIZQEEN. tapi ktorg panggil EJEKIN je.
Eeeeeeiiii, geram nk chiiiuuuummmm..nak layan dia bercakap, nak main masak2 ngn dia,
nak suap dia makan, nak mandikan dia tapi TAKNAK basuh berak dia. suka sgt berak budak ni. pastu slalu cari aku sbb nak suruh aku basuh berak dia. eeeuuuwwww sgt tp comel!!!!
Eh, lupa. lagi satu nak lempang and cubit pipi and mulut dia kuat2. geraaaammmmmmm






2nd NIECE. Qaseh Arfa Aydelin. panggil Qaseh je.
Budak ni aku tak sempat tengok lagi. katanya kuat nangis. eeeeiiiii, nak gigitttt je rase budak ni. hahaa. balik ni siap awakkkk. Ateh nak gigittttttt. Kuat nanges sgt yeaa sayang~~~




Ok dah merapu banyak sgt ni.
tadi duk usya2 wallpaper raya aidilfitri.
tibe2 tringat zaman kanak2 ribena,
masa tu main balas2 kad.
"pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas"
"pecah kaca pecah tong sudah baca harap gantung"

eeewwww, innocent sgt masa tu. LAME abes.

tapi seronok wooooo. siap gaduh ngn kakak aku.
bertanding sapa dpt kad terbanyak. then gantung byk2.
ok demmmm, aku kalah masa tu. aku dpt sket je kad dr kawan2.
demmm kat posmen sbb ade ke patut hantar kad raya utk aku pas raya.
memang kalah la aku masa tu dgn kakak aku.
choy!


tapi itu dulu..
Dunia dah maju, zaman dah berubah.
sekarang ni guna e-kad je. siap ade lagu.
still, TAK BEST!!!!!


ok tadi takde keje.
godek2 tgk wallpaper raya.
then jumpa lah beberapa kerat ni.
takde lah menarik sgt. tp menarik jugak la. ;)









Ni cantik gak laaaa..Liplapliplap gitu. ;)



Ni mcm dull gile. haha. xpe, pelita tu dah memeriahkan dah tu. ;)



go greeny!! Cantik tp simple sangat ;)



Yang ni biase je. cuma aku suka tulisan jawi tu je ;)



Yang ni TERBAIK.
Ye, aku tau korang mesti cakap tak cantik langsung.
tapi tidakkah ini melambangkan hari raya? bermaaf2 antara satu sama lain.
untuk menghapus dosa lalu. ;)



Kalau tahun lepas, aku beraya di perantauan. sila baca link ini untuk mengetahui ape yang berlaku thn lepas. ;)


Tahun ni dapatlah beraya di kampung tercinta. tapi sempat je aku buat Salam Perantauan kat Berita Harian. kuar paper beb. kuar. ;)


Oh lupa, ya ampun. banyak bangatttt jemputan and undangan. Usahkan majlis kahwin, majlis bertunang, majlis kesyukuran, tetapi majlis berinai pon dijemput. InsyaAllah akan cuba pergi kalo sempat.

Tapi kalo majlis korang raya ke 3 tu memang tak dapat nak nolong lah. sebab umah i pon wat kenduri jugak. tapi i akan cuba lah.
Masa my sis ckp yang umah ktorg wat kenduri raya ke 3, ape lagi. down abes la.
Ye la. banyak kot undangan kawan2 raya ke 3. tapi memg SENTAP abes bila my sis tanya i balik,


"Mu ni peting kawan ke family???"


Sentap takkkkk??? SENTAPHATIMAKNAKKKKK


FAMILY shud comes first. ;D


hurm, kalo nak pegi majlis korang tu, kena skip tolong my mum masak2 la pagi tu utk kenduri. itupon kalo dpt greenlight dr mama. tapi, mungkin terpaksalah malam tu aku dikerah tenaga sepenuhnya kalo nk skip tolong2 masak neh. plus, kakitangan umah i ni semua dah senior citizen dah. ;)


Dengan ini nak menjemput rakan2, sahabat taulan, kawan lama, kawan baru, kawan2 datang umah aku raya ke 3. Majlis bermula tengah hari. Umah aku kat Pasir Putih. Kg Kelubi. kat lorong TNB Jalan Machang. Rumah sebuah. kalo nampak ramai2 org tu, itulah umah aku. Jemput datang ye ;)

Nanti i update status kat Fesbuk pula ye untuk undangan ini. *kalo sempat la* ;)






Ok, dalam banyak2 lagu raya, lagu ni paling terkesan dihati <3




Banyaknya merapu pasal raya.
tapi dalam2 bergembira nak menyambut Aidilfitri, sedarkah kita bahawa kita sudah di penghujung RAMADHAN???????
Tipu lah kalo aku ckp aku tak sedih bila Ramadhan bakal berakhir.
Sebab tahun ni ZERO. kosong.
Rasa pengisisan yang dibuat tu rasa mcm incomplete sgt. mcm kosong je.
Itulah aku. ya, inilah aku. seorang yg mudah hanyut dgn dunia sendiri...


Bersempena Aidilfitri ini,
Ampun dan maaf andainya...

TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana2,
TERpekik ditelinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena,
TERumpat bila2,
TERmacam2 lagi yang kena mengena....

MAAF ZAHIR DAN BATIN ;)


Sunday, August 14, 2011

still tak dapat jumpe...



Hari2 doa..
especially bulan mulia ni..





tapi..
masih menunggu..
masih mencari..
manelah tahu..
tahun ini dapat jumpa lagi..





tahun lepas tak dapat jumpa..
sedih..
rinduuuuuuu sangat2..


Tahun ni,
aku rindu..
rindu yang semakin mendalam..
bagaimanalah keadaan dia..
tak mahukah dia berjumpa denganku?



Aku di India,
Ya, memang jauh..
jauh sgt..
tapi ini bukannya penghalang untuk dia melihat aku.
memerhatikan gerak geri aku..
menyaksikan rutin harian ku..




Sumpah..
Aku RINDU wajah suci dia..
;'(




Semenjak dia tiada,
aku sentiasa menantikan Ramadhan untuk bertemu dengannnya..
sebab bulan ini sahajalah peluang aku untuk berjumpa dengannya...
Ramadhan lagi 17 hari saja..




Sempatkah??
Mampukah aku??
Menangiskah aku lagi apabila dapat menatap wajah sucinya...




Masih teringat lagi,
Ketika Ramadhan beberapa tahun lalu..
Dia muncul dihadapan ku..
Lalu tanpa menyangka..
Air mata jernih mengalir di pipi...
Aku pasti..
itu air mata rindu..
rindu yang sangat mendalam buatnya..
rindu yang tak mampu ku ucap.
hanya titsan air mata yang mengalir..
menjadi bukti kerinduanku..



Aku masih menanti..
Kemunculan mu pada Ramadhan ini..
Walaupon hanya sekelip mata..
Aku pasti bersyukur..
Datanglah padaku..
Duhai arwah ABAH kesayanganku......


;'(


Al-Fatihah

Sunday, August 7, 2011

Hari Baik, Bulan Baik..


Salam.


Semua tahu Ramadhan adalah bulan yang mulia.
Sebulan yang lengkap untuk meLATIH diri menjadi lebih baik.
meLATIH taw. bukan meMAKSA.

Bila nak buat baik, mesti org syak something.
ye lah, sbb dh memg terkenal sbg budak jahat.

Orang cakap buat baik kena sorok2. nanti tak ikhlas.
Tapi bukankah ikhlas itu milikNYA. Dia yang Maha Mengetahui.

Sekarang ni kalo orang nampak kita berbuat baik, dikatakan 'tak baik' sebab menunjuk-nunjuk.
Abestu takkan nak buat jahat, then tunjuk2 kat orang? Nak ke kita jadi role model yang jahat?


Akan terus mencuba. So,
Senyum :)


Susahnya nak jaga hati semua orang. Tapi sangat setuju dengan ini :

"Dalam Islam & sbg Muslim, kita tidak perlu tunduk dan risau dengan 'penerimaan' orang lain.
Risau mengenai penerimaan Allah adalah kekuatan seorang Mukmin" - Quoted by Wardina Saffiya


thanks yo!!

Ustazah pula hari ini.

Wassalam

Monday, August 1, 2011

Keliru?? Sampaikan kepada mereka..






Salam..



Berkat Ramadhan yang mulia ini, saje nk share something with u all.



TOLONG BACA, JANGAN TENGOK JE.
SEBAR2KAN KEPADA YANG MASIH KELIRU...




Eh jap nk copy & paste.. XD



...




Bahan-bahan yang boleh membatalkan Puasa


Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cec

air dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.


TIDAK MEMBATALKAN PUASA.


( 1 )Eye and ear drops, and ear wash.

Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga


( 2 ). Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.

Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).


( 3 ). Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor's or midwife's fingers during pelvic examination.

Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin).


( 4 ).Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.


( 5 ).Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.

Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.


( 6 ). Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.

Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.


( 7 ). Blood donation or receiving blood transfusion.

Penderma atau menerima pemindahan darah.


( 8 ). Oxygen and anaesthetic gases.

Oksigen dan Gas Bius.


( 9 ). All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.

Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.


( 10 ). Drawing blood samples for laboratory testing.

Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.


( 11 ). Catheter and media for arteriography of heart or other organs.

Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.


( 12 ). Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.

Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.


( 13 ). Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.

Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut


( 14 ) Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)


( 15 ). Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.


( 16 ). Nose drops, nose sprays, and inhalers.

Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.(Asthma)


( 17 ) Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.

Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.


( 18 ). Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.

Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk

berpuasa.


( 19 ) Machine or intraperitoneal renal dialysis.

Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut


( 20 ). Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.

Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.




Artikel diambil dari Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.




Moralnya :

Kita sebagai Doctors/ dotors to be, banyak peranan yang perlu dimainkan. Especially kita ni sebagai Doctor Muslim. Bukan sahaja membantu menyembuhkan penyakit dengan izin Allah, tetapi juga ibadah kerja yang kita lakukan ini sedikit sebanyak membantu pesakit kita untuk terus beribadat walaupon dalam keadaan sakit.







PssT : Teringat masa form 3, tanye mcm2 kt dentist yang nak check gigi. takot batal puasa ganti aku hari tu..haishhh..




PssT 2 : Selamat berpuasa utk mereka yang di Malaysia. Kami di Bangalore mula puasa lambat sehari dari kalian. ;)



PssT 3 : bilik dah berubah susun atur. sempena kedatangan Ramadhan. Aku memg suka alih-mengalih perabot neh. Sampai pecah EDP Elizabeth Arden aku..(-_-")

PssT 4 : Berpuasa di perantauan bersama rakan2. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya..

PssT 5 : Sharing is CHEERING..Sampaikan walau satu ayat. ;)


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna



Salam..

Syukran. we meet again ya Ramzan.
Ramzan? yessaa. the locals called Ramadhan = Ramzan.

nothing much wanna share.
as everyone wishes the best in Facebook, twitter or any other social networks.


and let the pic talking & drooling ur eyes.
Open ur eyes as well as ur HEART when reading this.....






Buka telinga dan hati untuk mendengarnya

Salam Ramadhan dari saya.
Maaf andai tersilap kata..
Wassalam...