CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label IslamMyWay. Show all posts
Showing posts with label IslamMyWay. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

tersasar




Rindu kat geng2 bulatan gembira (our 'faith circle' group)



Hampir 3 minggu tak 'dating' dengan mereka.
Maka diri semakin lalai dan leka..




Ya, aku memerlukan orang sekeliling untuk menyedarkan aku yang sentiasa leka, malas dan lalai ini..



Astaghfirullahalazim..
Maafkan aku....





Friday, April 13, 2012

Dan ingatlah..

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.









-HA,2012-

Sunday, February 26, 2012

What friends for anyway??

Salam..

Hepi Sunday everyone ;)

Nothing much wanna to say..
just want to share a video that affected me so much just now..
a worth watching video. it's all about friendship..
so here i pasted it ;)





suka part last skali video ni..masa dia ckp :



"Love your friends as you love yourself, that is a perfect IMAN"  (^_^)



“Doa seorang saudara terhadap saudaranya di LUAR PENGETAHUANNYA adalah doa yang diPERKENANkan,
 di sisinya ada seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap kali beliau mendoakan kebaikan untuk saudaranya malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: “Amin, dan bagimu juga seperti itu” –Riwayat Muslim 



Tak rugi kita mendoakan kawan2 sesaudara kita. Kerana setiap apa yang kita doakan kebaikan untuk mereka, pasti akan kembali kepada kita berkali2 ganda kerana diAMINkan para malaikat.
Try this, seriously, it really works..



Start from now, aku kena perbaiki diri, pulihkan silaturrahim, jauhi pertelingkahan, tingkatkan persefahaman,
rendahkan ego dalam diri dan bermaafan antara satu sama lain. Tegurlah kesalahanku. Tidak rugi kita bersahabat kerana indahnya sebuah persahabatan.

Maafkan aku wahai sahabat kerana sering menyakiti hati kalian.
Buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih.



..Kawan sampai syurga..








Tuesday, February 14, 2012

The Faith Circle

Salam..

"HABLUMMINALLAH HABLUMINANNAS"


soal hubungan manusia dengan Allah SWT (hablumminallah) dan 
hubungan manusia dengan manusia yang lain (hablumminannas).


This is some n simple knowledge that i got from our weekly usrah or i call it as our "faith circle"

im not telling u that im good enough since i've joined usrah,
but telling you the truth, i am sooo soooo bad and i know i need guidance.
i mean extra vaganza guidance!


Back to the topic..

as for me..
nak menjaga hubungan dengan Allah Yang Satu itu pon susahhhh sgt,
inikan pula nak menjaga hubungan sesama manusia yg banyak ragam belum masuk dgn ragam diri sendiri lg :(

apa yg aku dapat,
yang penting jgn cari salah org lain, 
cari silap diri sendiri dulu before we judge people!!
stop pointing nonsense to people who we 'like' lesser,
but find our true color first and admit our mistakes as well.


then, ask for forgiveness if we have done any mistakes OR
just ask for forgiveness EVEN we are in the RIGHT track because He loves people who keep forgiving!


and then if the same problems occurs repeatedly or like an endemic...
i know who can stand this for soooo many times right?
Face the world and do nothing.
Talk if NECESSARY and juz treat them just like how they have "treated" you before. Simple.



"remembering the past is easy, the difficult part is forgetting"




This is my blog and OBVIOUSLY i can write anything that i want without limit



Sunday, February 5, 2012

Hari Kekasih??

Assalamualaikum..

Februari merupakan hari kekasih.
tapi bukan hari kekasih itu yg mahu aku bicarakan.
tetapi.
Hari memperingati Kekasih Allah..
Ya Rasulullah S.A.W.


MasyaAllah,
Aku penah terdengar ceramah oleh seorang tokoh islam di Malaysia yang pernah bermimpi bertemu dgn Rasulullah..
Subhanallah. Bertuahnya diri. Mendengar saja pun terasa bertuah apatah lagi mengalaminya.


Ya Allah,
Rindunyaaa kat Rasulullah..

Masih ku ingt lg detik2 terakhir aku ketika di Masjid Nabawi, Madinah (2007)..
Di mana disitu letaknya Makam insan Maksum ini..
Masa tu sedang solat Zohor berjemaah. Dan aku tahu selepas itu, kami akan berangkat pula ke
Kota Suci Mekah untuk meneruskan ibadat Umrah..

Ketika aku di tahhiyat awal,
dengan bacaan "Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh"
"Wahai Nabi selamat sejahatera semoga tercurah kepada Engkau wahai Nabi Muhammad"




Tidak semena2..
air mataku jatuh berguguran tanpa henti ketika itu.
untuk kali yang ke berapa memang tidak terkira.
Perasaan yang berbeza jika hendak dibandingkan sebelumnya..
ketika itu perasaanku lain sekali.
Sayu sekali.
Sedih sekali.
Seolah2 aku dapat mendengar dan merasakan bahawa Rasulullah
sedang menjawab salamku kepada baginda.

Subhanallah..
Adakah Baginda mendengar ucapan salamku??
Air mataku jatuh berguguran sepanjang rakaat ke-3 dan ke-4 tanpa henti.
Mungkin itu air mata kesedihan kerana akan meninggalkan Kota Suci Madinah..
dan mungkin juga itu air mata kegembiraan.
Apabila dapat merasakan bahawa Rasulullah berada terrrrlaaluuu dekat seperti di hadapanku.
yang sudi menjawab salamku.

Di tahiyat Akhir pula..
perkara yang sama berlaku..
Memg tidak dapat digambarkan bagaimana perasaanku ketika itu.
suatu pengalaman yg tidak dpt diceritakan dan dikisahkan.
hanya aku dan Allah saja yang tahu bagaimana keadaan, perasaan dan ape yang terjadi ketika itu.

Begitulah Ya Rasulullah,
Seorang insan yang maksum..
yang merindui semua umat baginda..

pernahkah aku merindui Baginda???
Ikutkah aku dengan sunnah Baginda??
Mampukah aku menjadi umat terbaik baginda??



Masjid Quba.. Masjid pertama yang di dirikan Rasulullah SAW.
 Tapi Masjid sekarang ni selepas pengubahsuaian dilakukan.
 Here are my younger sis & Makngah


 At Jabal Sajadah..


@Jabal Sajadah..Di katakan Tapak Kaki Rasulullah.






Delegasi di Jabal Thur. 


 Berjalan2 sekitar bandar Madinah selepas Subuh



Kami tiga beradik di belakang. Yang depan tu sepupu ;)



Rasulullah, berilah aku syafaatmu...



PssT : Dengan rasa rendah hati, perkongsian ini bukan bertujuan untuk berbangga apatah lagi menunjuk-nunjuk.. Saya yakin para pembaca sudahpun baligh untuk membezakannya maksud tersirat dengan apa yang ingin saya sampaikan.

terima kasih




Friday, December 9, 2011

Ubat penenang..

Salam.



Lama giler tak dgr NASYID.

Seriously, alunan2 sebeginilah penenang hati, penyejuk perasaan, pengukuh akidah..



Berulangkali aku memainkan lagu yang sama.
Ya, lagu ini..







Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..
Taubatku ini.....





"Jangan merasa hairan bila kita bertaubat,ramai yg memperlekehkan kita. Itulah sekecil kecil ujian Allah buat kita" - Sham Kamikaze




Mungkin majoriti daripada kita pernah melaksanakan Solat Taubat bukan?
Aku juga pernah. tapi.....
Kesilapan yang sama masih dilakukan..
Sedih, siapa tak sedih..
Iman turun dan naik..
Bak kata seorang kawanku..
"Akhirah Deficit Disorder"


Aku juga ingin menjadi baik.
walaupon bukan di mata manusia,
per'baiki'lah aku di mataNYA.
Aku sedar siapa aku,
manusia yang sememangnya bukanlah MAKSUM.
yang tidak dapat lari dari sebarang dosa sedar atau tidak.

Aku berpegang kepada satu...



"Walau sebanyak mana dosa kita,Allah tetap mengampuni selagi kita mahu bertaubat. Subhanallah." - Sham Kamikaze




Maka, jangan putus asa untuk solat taubat wahai tuan badan.



Wednesday, November 30, 2011




MasyaAllah..

Every word comes from her mouth really inspiring...


Thanks for this golden video..








pls watch.
a must watch video.

Watch & Apply.. InsyaAllah..


Monday, November 7, 2011

Erti pengorbanan yang sebenar...




Salam...


Siyesly.. dlm hati aku.. pada tahun,bulan,hari,jam,minit dan saat ini..
Hari Raya Qurban adalah hari untuk berkumpul dan eratkan silaturrahim..

Ya, aku tahu..
dan aku diajar..
bahawa Raya AidilAdha ini untuk mengenang kembali sebuah pengorbanan BESAR Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.
dimana kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah Qurban..
samada satu, dua, tiga atau sebanyak mana bahagian yang diminta..



Tapi kini..
mungkin kerana aku sudah dimanjakan dengan sambutan2 meriah..
makan2..rendang,lemang,ketupat etc
majlis2 keraian..
nasyid2..
jalan2..


maka terpupuslah erti Qurban yang sebenar..


Namun pada malam ini..

selepas seharian beraya sakan bersama rakan2 tersayang.
selepas seharian menerima masuk pelbagai juadah..
selepas seharian menerima pelbagai undangan..
selepas seharian bergelak ketawa di dalam dewan..


aku terkelu membaca komen dari adik beradikku..
tentang kesusahan mereka di Malaysia..
tentang keletihan mereka..
tentang kesedihan mereka..
tentang kesulitan yang keluarga besarku sedang hadapi..



Ya Allah..

besar sungguh dugaanMu kepada keluargaku..
besar sungguh cabaran untuk kami semua tempuh..





Ya Allah..
tidak dapat kunafikan bahawa..
begitu besar PENGORBANAN orang2 yang aku sayangi selama ini..
Mama, Nenek, Makngah..
dan sungguh BESAR jualah PENDERITAAN yang Engkau berikan kepada mereka..
:'(




Mama.. yang kadangkala sihat..kadangkala sakit..




Ya Allah..
Aku bersyukur kerana mempunyai adik yang baik..
yang sanggup menghabiskan masa cutinya untuk menjaga Mama, Nenek dan Makngah yang sedang menderita sakit..
tidak lupa juga kepada kakak,abang2ku yang turut membantu sama..
serta Aunties & Uncles tersayang..





Makngah. kini menderita sakit. dia kini hanya mengharapkan kasih sayang dr anak saudara. kerana tiada suami dan anak2. tak sanggup melihat penderitaan yang dialaminya. :'(





Aku kelu..
sedih..
tergamam..


Aku terpaksa memendam sedih aku..
Tidak mempamerkan secalit kesedihan dihadapan rakan2..
walaupon aku sempat berkongsi sedikit sedihku dengan Aida..
tetapi selebihnya sedihku dikongsi dengan air mataku..
dengan mengunci diriku bersendirian di kamar peribadi..
betapa Allah sahaja yang tahu betapa hatiku tidak keruan..
menanggung segala dugaan sebesar ini..



Nenek ketika sihat dan ceria





Nenek ketika sakit. kini dikatakan mengalami stroke!
I missssss her voiceeeee




Aku berasa malu..
kerana aku tidak mempunyai kuasa dan kudrat untuk menjaga mereka..
namun ku tidak lupa..
untuk menitipkan doa kepada mereka..
kerana itu sahaja yang termampu......



Ya.. aku sedar aku sangatlahhhhh uselessssssssssssss dan tidak boleh diharap!!! :'(




Terima Kasih Ya Allah..
kerana banyak mengajarku..
dan kini baru aku sedar..







bahawa......





INILAH ERTI 'PENGORBANAN' YANG SEBENAR



thank you blogspot for always be a gud listener

Monday, August 1, 2011

Keliru?? Sampaikan kepada mereka..






Salam..



Berkat Ramadhan yang mulia ini, saje nk share something with u all.



TOLONG BACA, JANGAN TENGOK JE.
SEBAR2KAN KEPADA YANG MASIH KELIRU...




Eh jap nk copy & paste.. XD



...




Bahan-bahan yang boleh membatalkan Puasa


Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cec

air dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.


TIDAK MEMBATALKAN PUASA.


( 1 )Eye and ear drops, and ear wash.

Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga


( 2 ). Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.

Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).


( 3 ). Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor's or midwife's fingers during pelvic examination.

Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin).


( 4 ).Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.


( 5 ).Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.

Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.


( 6 ). Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.

Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.


( 7 ). Blood donation or receiving blood transfusion.

Penderma atau menerima pemindahan darah.


( 8 ). Oxygen and anaesthetic gases.

Oksigen dan Gas Bius.


( 9 ). All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.

Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.


( 10 ). Drawing blood samples for laboratory testing.

Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.


( 11 ). Catheter and media for arteriography of heart or other organs.

Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.


( 12 ). Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.

Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.


( 13 ). Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.

Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut


( 14 ) Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)


( 15 ). Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.


( 16 ). Nose drops, nose sprays, and inhalers.

Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.(Asthma)


( 17 ) Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.

Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.


( 18 ). Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.

Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk

berpuasa.


( 19 ) Machine or intraperitoneal renal dialysis.

Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut


( 20 ). Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.

Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.




Artikel diambil dari Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.




Moralnya :

Kita sebagai Doctors/ dotors to be, banyak peranan yang perlu dimainkan. Especially kita ni sebagai Doctor Muslim. Bukan sahaja membantu menyembuhkan penyakit dengan izin Allah, tetapi juga ibadah kerja yang kita lakukan ini sedikit sebanyak membantu pesakit kita untuk terus beribadat walaupon dalam keadaan sakit.







PssT : Teringat masa form 3, tanye mcm2 kt dentist yang nak check gigi. takot batal puasa ganti aku hari tu..haishhh..




PssT 2 : Selamat berpuasa utk mereka yang di Malaysia. Kami di Bangalore mula puasa lambat sehari dari kalian. ;)



PssT 3 : bilik dah berubah susun atur. sempena kedatangan Ramadhan. Aku memg suka alih-mengalih perabot neh. Sampai pecah EDP Elizabeth Arden aku..(-_-")

PssT 4 : Berpuasa di perantauan bersama rakan2. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya..

PssT 5 : Sharing is CHEERING..Sampaikan walau satu ayat. ;)


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna



Salam..

Syukran. we meet again ya Ramzan.
Ramzan? yessaa. the locals called Ramadhan = Ramzan.

nothing much wanna share.
as everyone wishes the best in Facebook, twitter or any other social networks.


and let the pic talking & drooling ur eyes.
Open ur eyes as well as ur HEART when reading this.....






Buka telinga dan hati untuk mendengarnya

Salam Ramadhan dari saya.
Maaf andai tersilap kata..
Wassalam...

Monday, May 30, 2011

tentang


Salam..


How are u peeps?
Im not very well today as i got mild fever, headache and sorethroat.
So, i skipped the class for today and heavenly rest on the bed.
Rest lah sgt..siap buat deco baru utk umah lg..
Best..Berpeluh sket..baru lah kurang demam tu.. XD


Hurm..
Wanna share something with u all, the readers!
Last weekend, i went to PERMISI 2011.
Event ni dekat India, bukan Indonesia- Permisi ya pak!!

PERMISI 2011 best!!
PERMISI- Perhimpunan Mahasiswa Seluruh India.
And the special guest was Dr MAZA (Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
Kalo tak kenal tak tau lah nak ckp ape. Google sendiri. :D

and the thing is..
i really enjoyed dat 3days programmed.
and aku memg jenis suka follow program2 mcm ni tak kiralah sape yg organize pon.
bukan ape.untuk tingkatkan ilmu agama islam aku yang saaangatttt ciput.
dan aku dpt BANYAKKKKK sgt ilmu agama kat sini..

Yang mana selama ini aku tak fhm, aku ragu2, aku tak tahu.
aku jadi tahu, faham dan sudah tidak ragu2 lagi.
Ilmu dah dpt, walaupon ilmu sedikit,
what the most important is MENGAMALKANNYA.
Tak guna ilmu yang byk,tapi tidak beramal..
bercakap byk tidak guna andai tidak melakukannya.






Dr MAZA in da middle



from IMS Bangalore.Please find the hidden me!




...




...





...
Nahhh...






Amek berkat..fuhhhhh ustaz tiup.
*Family potrait ke ni? :D *


Nak share pasal 7 WASIAT Rasulullah SWT :

  • Mencintai orang miskin
  • Mengasihani orang yang dibawah
  • Menyambung Silaturrahim
  • Banyakkan mengucap La hawlawala quwwata illa billah
  • Katakan kebenaran walaupon pahit
  • Tidak takut celaan
  • Tidak meminta kepada manusia


=)




And juz got a gud news.
the Raya Hols is CONFIRMED!!!
From 29/8 - 4/9..
Yeay. Alhamdulillah.
Tickets awal2 dah beli. So, takyah rasa susah hati ponteng kelas 10 hari..
Tak sabar nak balik ni..


Kampung aku bukan mcm ni dah... (=_=")





Tapi tahun ni dah tak meriahlah paper nanti.
Mungkin sudah tiada...



....



...




"Salam Perantauan Dari KAMI..."
XD





bye






Wednesday, April 20, 2011

Sakit tanpa diduga & Majlis kecil-kecilan



Salam..
Hi Peeps..=)
Dah lame tak update..
rindu.. =P


Sakit??
Yup..today..
sakit teramat..tak terduga aku..
I tot dat i am alone in da class today as Aida & Jama (My row-mates) said that they were sick last nite..
But, i am the ONE who skipped the class today..and both of them went to the class hepily..hepi ke?
Hepi laaaa..siap ngumpat aku lg dlm kelas..cisssss..hahaha

Ye..aku sakit..=(
At 5.50 am i was awake to perform Subuh..
tp elok2 after Qunut tuh, rase nk pitam..
Seb baik lepas Qunut tuh sujud..hahaha

Baru niat nk kejut osmet (Dee & Aida) bangun subuh..tp katil dah memanggil2..
dengan bertelekung aku terbaring..sakitnye kepala akuuuuuuuuuuuu..Macam nak demam!!!
"Ya Allah, aku main hujan semalammmmmmmm"

..................................................


Sori sgt2 sape yg SMS n Call aku pagi tu..nak baca SMS pon xdpt apetah lg nk balas..
Org yg kol pon aku cuba jawab..

Aida kol aku slepas usahanya mengetuk pintu n kejut aku gagal kerana tiada sahutan..dia ingt aku pengsannnnn sorg2 dalam bilik...

bukan aku taknak sahut or bangun bukak pintu..
tp memang tak larat langsung nak bukak mata, tak larat nk bercakap..tak larat nak angkat kepala..macam ada batu je kat occipital ni...rasa mcm dh smpai ajal pon ade..
Then tidolah aku selama 13 jammmm..Sleeping beauty betol..
memang tido adalah penawar segala penyakit bagiku..hih

Aida balik klas, dia belikan aku eskrem Cotton Candy Baskin Robbins..
Lagilah aku bertambah sihat.. suwit sgt...


.....



Moral of the story :
Kita tak tau bahawa anytime je Allah nak bagi kita sakit..Ajal jodoh pertemuan perpisahan semuanya ditanganNya..Memang kita merancang, tetapi sebaik2 perancangan adalah perancangan dari Allah..
antara kami bertiga, aku yang sakit teruk harini berbanding Aida & Jama..Kita tak tahu bila lagi kita akan sakit..
So, masa yang kita ada sekarang, tunaikanlah ibadat sebaik mungkin..cuba mencari bekalan di akhirat juga..walaupon sedikit2..lama2 jadi bukit..
Jangan kata bila dh puas jadi remaja and nak enjoy puas2,separuh rambut dah putih baru nak beribadat..Sekarang dah ramai yang mati MUDA!!!!!


Oh ye..lupe nak crite..
sabtu aritu, 16th April...
Kami serumah (aku, Aida & Dee) buat makan sket2..
sebab kami dah nazar..
Kalo exam final aritu LULUS, nak wat kesyukuran sket2..
Tapi Alhamdulillah..Allah bagi lebih kepada kami..
kami semua dpt Honours..=)
Ingat senang ke nak lulus medic?? hehe
Congrates kpd yang Distinction!!! =)

Result aku 3 B+, 1 B ..
walaupon takde A..tapi aku dah rasa syukurrrrrrrr sgt2 ..
Allah mendengar doaku..Ingatkan takat2 lulus je..
Ye lah, dengan usahaku ni takat manalah..Makin nak exam pula makin aku perlukan tidur yang cukup.. Benar sungguh kata Dr Maza..Indahnya Tawakkal kepada Allah..


Okey, mase buat makan2 aritu..kami sepakat untuk masak sendiri..
takkan nak katering kot..tak sedapppppp...
kami masak lagi sedap..*poyo*




Sila amek tisu takot2 meleleh ayaq liuq..







Ulaman Celur A501 by Chef A501 girls



Sambal Belacan Saya-Awak by Chef Aida

Buah Tembikai keBUM by Chef Iba



Kuih Seri Muka Bakal Pengantin by Chef Aida







Ayam Masak Merah i loiikeee by Chef Farra



Pajeri Nenas Si Comel Melati by Chef Wawa



and the main menu Gulai Daging Gemuruh Jiwa by Chef Dee



Penuh satu meja.. =)






Alhamdulillah..
Everything went well..
Thanks semua yang dapat datang..
Thanks jugak kepada semua yang mendoakan kami..
Sayang semua..


PssT : Sori tak dapat jemput ramai2..unlimited time..pergi beli barang pon pas balik posting sampai maghrib ari jumaat aritu..Just ajak neighbourhood, budak2 kelas & member2 sejak di MSU lagi..Panjang umur, murah rezeki..kami buat lagi..Peace!!


PssT 2 : Oh Nayy..Panjangnye entry!