CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 29, 2012

Don't blame the natural ageing...






This is preety some sort of me..








conclusion : aku bukannya nyanyuk, tapi tak fokus dengan benda yang tak significant dgn aku. Orang2 sekeliling dan yang terdekat dgn aku tau la yang memg aku seperti vidio di atas ;P

Sunday, April 22, 2012

tersasar




Rindu kat geng2 bulatan gembira (our 'faith circle' group)



Hampir 3 minggu tak 'dating' dengan mereka.
Maka diri semakin lalai dan leka..




Ya, aku memerlukan orang sekeliling untuk menyedarkan aku yang sentiasa leka, malas dan lalai ini..



Astaghfirullahalazim..
Maafkan aku....





Friday, April 20, 2012

For almost 2 weeks..







2007 Mr. Bean's Holiday wallpaper





Terima kasih sebab teman aku..
teman tido..
teman berbual..
teman masak..
teman wakkk kejukk..

Layan aku lapa..
masak utk aku..
sambal kentang, sardin, keropok, etc
kejut aku bangun..
sama ngn aku sambung tdo smula..
bangun lambatttt sama2..
bagi pinjam ipad..
main nukih2..
kuar jenjalan..
makan2..
Sama2 jaga Ben, Beb & Pas.......


dah malas nak ckp byk..
byk sngt benda terjadi..


TERIMA KASIH berEFI-EFIan... :)

Thanks jugak kat Sya, Ayin, Dayane, Semah, Tom, Ieda, Pija, Seena, dan semua.
Menyempurnakan cutiku sebaik mungkin..
Sweet sangat korang..




Nah, sempena jalan2 KLCC aritu.. *klcc sangatttt*




















From Bangalore with 






PssT : rindu my housemate juga. seriously.


Friday, April 13, 2012

Dan ingatlah..

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.









-HA,2012-

Wednesday, April 11, 2012

Kasi gegarrrr

Salam..






ni bukan nak crita pasal "Aizat-Hanya kau yang mampu kasi gegarrr ye"..
ni nak crita pengalaman pertama aku menghadapi saat2 getir earthquake.
amek ko getirrrr la sangat kan?








Getir kot sampai ko nampak semua benda bergoyang. then kepala sdiri pening tak hingat.. 
nampak pulak  pintu, lampu, tudung, jeans yang bergantungan pon bergoyang.. 
Haruslah getir!!!


Terus ajak Pija keluar dr rumah and turun kebawah guna TANGGA okeh. Nama pon 
emergency mana boleh guna lif. Kat tangga pon dh ramai gile orang berpusu2 keluar. 
terkejut rupa2nya dah ramai giler kumpul kat bawah. Masing2 bising n kecoh.








 *cerita diringkaskan*




tggu dlm 30min, then naik smula kat atas (rumah tingkat 5).
Rupa2nya dalam keadaan panik dan kelam kabut tadi, aku tak terkunci pintu umah aku.
Padahal kemain lagi aku pusing2 anak kunci utk kunci umah tu. Naseb baik ade penyelak. 
Kalo tak memang tenganga umah aku..



Ok ni post versi serius tak tipu..




Sebelum ni jika dikejutkan dengan kisah tsunami atau gempa bumi,
memglah rasa kasihan dan simpati..
Tapi bila dah rasa sendiri,
walaupon sekecil ujuan sebegini,
barulah rasa KASIHAN tu dekat dan tersemat di hati terhadap nasib mereka yang menimpa


Lagi sentap bila baca ini :






"Dulu2 selalu hairan, kenapa selalu Acheh? kenapa bukan Las Vegas ke? dahulunya digelar serambi mekkah lg, 
fikir2 kembali mungkin, Allah sebenarnya nak sedarkan org ISLAM bukan org KAFIR."








PssT : Hepi blessday my dear sayang, Mohd Hafiz Abdul Halim.  I wish dat ur demand for my love is never ending. That is because the supply of my love is unlimited just for you. luv you much more many munchie2 ;)



PssT 2: Selamat Pengantin Baru Dee & Iba.. Sweet sgt Diana Din neh..Sebelum, sepanjang & selepas majlis still whatsapp aku..taknak bagi aku ketinggalan.. Aku antara org terawal tgk pelamin, bilik etc.. Terharu disitu ;)