CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 16, 2011

;)




Alhamdulillah..
Syukran..


Berakhir sudah EOP Obstetrics & Gynaecology dan juga Paediatrics for 4th Year MBBS..

a bigbigbigbigbig yeayyyy..




Patient aku utk EOP Paeds comel sgt.
A one and half y/o boy tapi sgtlah buas, nakal, hyperactive, ckp byk, nangis pon byk..
Tak padan tgh sakit masuk Paeds ICU.. ;)
Btw, thanks sgt kat his mother. sangattttt membantu ;)))




Obstetrics & Gynaecology
Patient yg aku dpt adalah seorg Nurse yang dah 8 months gestation age.
Baikkkk sgt, cooperative dan cantik. sekian. ;)





And we will welcoming Orthopaedics & Emergency pula.
harap2 tidak sesibuk mcm rotation sebelum ni ;)




Teringat citer feberet zaman kecik2 dulu, the ER ;)






Dr SMS.. ;)
Orthopedics specialist ;))
Arghhh, dia dtg India satu fmly. Rasa nak g sambut je kt epot
tp xde geng yg nak pegi... ;P




PssT : balik Malaysia january ni... untuk menghilangkan gundah dihati tentang previous post ;)

PssT 2 : Gambar2 semua tokle blahahahaha











Sunday, December 11, 2011

M.A.M.A



Dia sentiasa diduga dengan dugaan yang begitu hebat..
Kalau hendakku nyatakan disini segala dugaan2 besar baginya..
aku tidak mampuuuu..terlalu banyak..
tidak terhitung..
aku tau, dia sentiasa berada dalam kesedihan..
Kegembiraan baginya, kegembiraan bagiku jua..


Kadang2 aku menyalahkan Allah..
kerana mentakdirkan Ibuku dengan berbagai-bagai dugaan dan ranjau..
yang tak mampu aku pikul..
tapi Mama lah antara org yang terpilih menerima dugaan besarNya..

Selama ini..
aku TIDAK pernah melihat ibuku menangis..
mengalirkan air mata di depan anak2..
apetah lagi mengadu nasib..

Sumpah..selama 24 tahun aku hidup..
mama tidak pernah menangis di hadapan anak2nya..
tentang dugaan yang menimpanya..


Tetapi hari ini..
Di panggilan telefon jarak jauhhhh..
MAMA MENITISKAN AIRMATA..
Dapat kudengar sebak suaranya..
Sesuatu yg sangat merunsingkan hatiku..
MAMA menangis?????
Kenapa??
Mengapa??



Mama..
I miss You..
Aya tahu mama sedihhh..
Mama dah tak mampu menerima dugaanNYA..

Ya Allah,
Aku bermohon kepadaMu..
Ringankanlah dugaan ibuku..
Jangan Kau duga dia dengan dugaan yang tak mampu dia pikul...........



Kalaulah mama tau yang aku menangis jugak tadi....



:'(





lagu ni sgt bermakna..lirik2nya sgt sesuai untuk Mama..
One of her fav song..






Friday, December 9, 2011

Ubat penenang..

Salam.



Lama giler tak dgr NASYID.

Seriously, alunan2 sebeginilah penenang hati, penyejuk perasaan, pengukuh akidah..



Berulangkali aku memainkan lagu yang sama.
Ya, lagu ini..







Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..
Taubatku ini.....





"Jangan merasa hairan bila kita bertaubat,ramai yg memperlekehkan kita. Itulah sekecil kecil ujian Allah buat kita" - Sham Kamikaze




Mungkin majoriti daripada kita pernah melaksanakan Solat Taubat bukan?
Aku juga pernah. tapi.....
Kesilapan yang sama masih dilakukan..
Sedih, siapa tak sedih..
Iman turun dan naik..
Bak kata seorang kawanku..
"Akhirah Deficit Disorder"


Aku juga ingin menjadi baik.
walaupon bukan di mata manusia,
per'baiki'lah aku di mataNYA.
Aku sedar siapa aku,
manusia yang sememangnya bukanlah MAKSUM.
yang tidak dapat lari dari sebarang dosa sedar atau tidak.

Aku berpegang kepada satu...



"Walau sebanyak mana dosa kita,Allah tetap mengampuni selagi kita mahu bertaubat. Subhanallah." - Sham Kamikaze




Maka, jangan putus asa untuk solat taubat wahai tuan badan.



Wednesday, November 30, 2011




MasyaAllah..

Every word comes from her mouth really inspiring...


Thanks for this golden video..








pls watch.
a must watch video.

Watch & Apply.. InsyaAllah..


Monday, November 14, 2011

and there goes...





as long as they are my friends,
and know how to appreciate me as their friend is more than enough!


i am lucky to have lotssssss of friends
and the friendship grows and blooms without discrimination.
peoples, stop controlling and complaining with whom am i going to be friend of.
because everyone is my friend, until they prove otherwise.




Monday, November 7, 2011

Erti pengorbanan yang sebenar...




Salam...


Siyesly.. dlm hati aku.. pada tahun,bulan,hari,jam,minit dan saat ini..
Hari Raya Qurban adalah hari untuk berkumpul dan eratkan silaturrahim..

Ya, aku tahu..
dan aku diajar..
bahawa Raya AidilAdha ini untuk mengenang kembali sebuah pengorbanan BESAR Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.
dimana kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah Qurban..
samada satu, dua, tiga atau sebanyak mana bahagian yang diminta..



Tapi kini..
mungkin kerana aku sudah dimanjakan dengan sambutan2 meriah..
makan2..rendang,lemang,ketupat etc
majlis2 keraian..
nasyid2..
jalan2..


maka terpupuslah erti Qurban yang sebenar..


Namun pada malam ini..

selepas seharian beraya sakan bersama rakan2 tersayang.
selepas seharian menerima masuk pelbagai juadah..
selepas seharian menerima pelbagai undangan..
selepas seharian bergelak ketawa di dalam dewan..


aku terkelu membaca komen dari adik beradikku..
tentang kesusahan mereka di Malaysia..
tentang keletihan mereka..
tentang kesedihan mereka..
tentang kesulitan yang keluarga besarku sedang hadapi..



Ya Allah..

besar sungguh dugaanMu kepada keluargaku..
besar sungguh cabaran untuk kami semua tempuh..





Ya Allah..
tidak dapat kunafikan bahawa..
begitu besar PENGORBANAN orang2 yang aku sayangi selama ini..
Mama, Nenek, Makngah..
dan sungguh BESAR jualah PENDERITAAN yang Engkau berikan kepada mereka..
:'(




Mama.. yang kadangkala sihat..kadangkala sakit..




Ya Allah..
Aku bersyukur kerana mempunyai adik yang baik..
yang sanggup menghabiskan masa cutinya untuk menjaga Mama, Nenek dan Makngah yang sedang menderita sakit..
tidak lupa juga kepada kakak,abang2ku yang turut membantu sama..
serta Aunties & Uncles tersayang..





Makngah. kini menderita sakit. dia kini hanya mengharapkan kasih sayang dr anak saudara. kerana tiada suami dan anak2. tak sanggup melihat penderitaan yang dialaminya. :'(





Aku kelu..
sedih..
tergamam..


Aku terpaksa memendam sedih aku..
Tidak mempamerkan secalit kesedihan dihadapan rakan2..
walaupon aku sempat berkongsi sedikit sedihku dengan Aida..
tetapi selebihnya sedihku dikongsi dengan air mataku..
dengan mengunci diriku bersendirian di kamar peribadi..
betapa Allah sahaja yang tahu betapa hatiku tidak keruan..
menanggung segala dugaan sebesar ini..



Nenek ketika sihat dan ceria





Nenek ketika sakit. kini dikatakan mengalami stroke!
I missssss her voiceeeee




Aku berasa malu..
kerana aku tidak mempunyai kuasa dan kudrat untuk menjaga mereka..
namun ku tidak lupa..
untuk menitipkan doa kepada mereka..
kerana itu sahaja yang termampu......



Ya.. aku sedar aku sangatlahhhhh uselessssssssssssss dan tidak boleh diharap!!! :'(




Terima Kasih Ya Allah..
kerana banyak mengajarku..
dan kini baru aku sedar..







bahawa......





INILAH ERTI 'PENGORBANAN' YANG SEBENAR



thank you blogspot for always be a gud listener

Thursday, October 13, 2011

gua nak pegi GOA




salam..
hi peeps..

Alhamdulillah, now we enter the 4th year with 100% pass..
hehehehehe.


and we are given 1 week break.
ape lagi. Jom vacation.




let's go to GOA,India.
cuti seminggu ni berbaloi gak la kalo nak jenjalan area2 india ni.





"If you ever plan to visit Goa, on one of your vacation trips, you are sure to get floored by the experience that Goa provides during your vacation. Goa, on the western coasts of India, is a natural beauty that offers fun in copious measures, and you have several things to do in Goa, India in 2011, which is sure to vie with your time and energy during your vacation in Goa. The many amusing and entertaining activities in Goa cater to the different tastes of the travelers, and you become livelier with a rejuvenated spirit as you carry back reminiscing experiences from your vacation spent in Goa. If you visit Goa, you will be looking to enjoy every bit of your stay in Goa, and the ideal things to do in Goa encompass a wide variety." - copied from a website




pray for us. selamat pergi dan balik.
jauh perjalanan kami ni.
almost 600km one way.

PssT : Aidaku sayang wat pavlova cake. Yeay

Friday, October 7, 2011

on her bless day








As today..
Friday, 7th Oct 2011..













Mama..


Happy Blessday!!


and...



i love you

so true and so much

from the bottom of my big heart

no one can replace u

coz we are stick together

forever before and after




if i have to write every single thing about u

i will pause my fingers and smile with a little tears

because i dont have enough speed and space to list them all

but

there is only Allah, who sees and knows

the great holy noble work that you have done!!




again..


I LOVE YOU SO MUCH, MAMA!!!!




From heart to keyboard.
Farrafarhanna




Saturday, October 1, 2011

cuaknyelahai



takot.

dah nk dkt exam la plak.
menci btol bile dh menghitung hari exam ni..

cuak kot!

3, 4, 7hb neh exam 2nd IA..
Ophthal, ENT(ORL) & Community Medicine)
Ayuh doakan yang terbaik..
Semoga kita semua beroleh kejayaan.


the whole week mimpi2 indah bersama2 keluarga.
mungkin terlalu rindu.
best jugak bile mimpi2 jumpa mama & siblings semua.
terubat jugak rindu.haha

eh jap, smalam Ally Iskandar pon masuk dalam mimpi.
Hai Ally Iskandar..
Saya Farah Rusli..
bukan Farah Lee. ;D



All the best Mighty Apes!!!


Tuesday, September 27, 2011

camne tu?



Exam 2nd IA dh sgt menghampiri..
gulp!!


tetapi aku masih..
masih lagi menjalankan konsep 'rutin harian tetap rutin harian'
haishhhhhh..


bile duwe ckp exm postpone seminggu,
maka hati meloncat gembira.
konon sempatlah nak stadi.
tapi..
stadi pon turut postpone.
cmne tu?


dan aku perasan..
makin hari, makin heartless.
semuanya tawar.
cmne tu?

self-reflect pliss !!! ;)


Good Luck and all the best Mighty Apes

and..

the Pioneers!






Saturday, September 17, 2011

1st trial


Salam..


0k. 1st time masak rendang ayam..
Tak brani nk msk dpn mama n nenek sbb tkot fail..
Tapi memandangkn hari ni ak raya utk puasa 6,
maka haruslah masak sesuatu juadah ala2 raya..

walaupon puasa tak habes ganti lagi kena la raya sakan dulu :D



Inilah hasilnya ;)
Rendang Ayam 'takberdaunkunyit'


Hmm, stkt yg ak ingt,ak dh penah msk smua mskn kampung kecuali rendang.
Sedap atau tak jgn tanya ak sebab mestilah jawapan dia sedap.kah3

dan jgn tanya aku pasal kek n pastries sbb of cos la McDa gadis melayu pemenangnya.
tak sbr nk tggu Pavlova Cake Aida's homemade...
eh, Tom's Homemade juga. haha


Selamat Hari Raya!


Kalaulah mama ada Whatsapp,memg ak dh send pic rendang ayam tanpa daun kunyit ni.
Mesti mama terus kasi greenlite nk kawen.
0k,gatal..

Malas nk tulis pnjg2 sbb update gune ph0ne..

Bye..

Wednesday, September 14, 2011

relief




Alhamdulillah..

;)

doktorcakapmamasayasemakinsihat



Kek Pavlova ni takde kaitan dgn entry ini. cuma sedikit mengidam.



Wednesday, September 7, 2011

malas nk fikir title ape...



Salam..

Curi masa jap utk blogging.
actually nk isi borang utk renewal Residential Permit (RP).

tapi sedang enak mengunyah kacang pista pula..
yang dibeli di Spar Mantri Mall yang dikatakan Mall terbesar di India..
terbesar ke??


ok melalut.

hmm, tengah2 kunyah kacang pista ni,
tibe2 terfikir mcm mana lah rupa pokok pistachio ni kan?
tak penah plak tengok selama ni.


so, mcm biasalah.
gunalah GOOGLE!!!!











Ini kacang Pistachio.
kalo org balik Mekah tu byk laaaa dorg borong benda ni selain Kurma and Zaiton.
Aku lah salah sorg yang selfish. nak makan benda ni sorg2 takmo share ngn adik bradik.




Ok, kacang dh tengok..
cmne plak rupa pokok pista??


nah tengok sendiri link ini.
Malas nk upload.
;)


"We all need someone who can lead us to be a better person.Not the one who condemn,criticize and insult for every mistake we have done."

-copied from my former friend.


tapi kalo dah lead and still liat2 lagi mcm mane????


Selamat beramal!!!



Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 2011












Salam.


Dupdapdupdap...

Fikiran melayang terbayangkan MALAYSIA.
Pergi kelas pon skadar nak cukupkan attendance yang byk sgt rongak. ;)
Dalam kelas tokleh nk fokus. asyik terbayangkan wajah2 family tersayang.


Yes, esok..

esok je lagi..
sehari je lagi..
untuk 26 Ogos 2011......



InsyaAllah aku akan menjejakkan kaki ke Malaysia bumi tercinta.
Bertemu keluarga yang paling aku sayangi.

untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan.
setelah berpuasa, tahan perut, tahan hati, tahan nafsu, tahan marah, tahan rindu, tahan segala2nya selama sebulan... :)


Inilah antara yang paling aku ingin temui....


My EVERYTHING. My MUM..
Tiap2 kali raya mesti berebut dgn adik bradik lain nak salam and cium tgn mama lepas balik ziarah kubur arwah abah. Tapi abelong slalu dpt dlu sbb ikut turn. isk, aku turn no 4 la jadinya.
Tapi beberapa thn ni, aku akan bgn awal2 pagi, cepat2 pegi dapur sbb mama bgn awal pagi untuk sediakan juadah raya. Then time tu lah aku salam,kucup tgn mama, kucup dahi, pipi and rambut putih mama and minta maaf sgt2 sambil meleleh ayaq mata.
banyak sgt dosa aku dgn mama. maklumlah anak nakal.
Harap2 tahun ni aku berkesempatan untuk berbuat sedemikian.
Rindunyaaaaaaaaaa nak tido & peluk mama. ;(









1st NIECE. AINNUR RIZQEEN. tapi ktorg panggil EJEKIN je.
Eeeeeeiiii, geram nk chiiiuuuummmm..nak layan dia bercakap, nak main masak2 ngn dia,
nak suap dia makan, nak mandikan dia tapi TAKNAK basuh berak dia. suka sgt berak budak ni. pastu slalu cari aku sbb nak suruh aku basuh berak dia. eeeuuuwwww sgt tp comel!!!!
Eh, lupa. lagi satu nak lempang and cubit pipi and mulut dia kuat2. geraaaammmmmmm






2nd NIECE. Qaseh Arfa Aydelin. panggil Qaseh je.
Budak ni aku tak sempat tengok lagi. katanya kuat nangis. eeeeiiiii, nak gigitttt je rase budak ni. hahaa. balik ni siap awakkkk. Ateh nak gigittttttt. Kuat nanges sgt yeaa sayang~~~




Ok dah merapu banyak sgt ni.
tadi duk usya2 wallpaper raya aidilfitri.
tibe2 tringat zaman kanak2 ribena,
masa tu main balas2 kad.
"pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas"
"pecah kaca pecah tong sudah baca harap gantung"

eeewwww, innocent sgt masa tu. LAME abes.

tapi seronok wooooo. siap gaduh ngn kakak aku.
bertanding sapa dpt kad terbanyak. then gantung byk2.
ok demmmm, aku kalah masa tu. aku dpt sket je kad dr kawan2.
demmm kat posmen sbb ade ke patut hantar kad raya utk aku pas raya.
memang kalah la aku masa tu dgn kakak aku.
choy!


tapi itu dulu..
Dunia dah maju, zaman dah berubah.
sekarang ni guna e-kad je. siap ade lagu.
still, TAK BEST!!!!!


ok tadi takde keje.
godek2 tgk wallpaper raya.
then jumpa lah beberapa kerat ni.
takde lah menarik sgt. tp menarik jugak la. ;)









Ni cantik gak laaaa..Liplapliplap gitu. ;)



Ni mcm dull gile. haha. xpe, pelita tu dah memeriahkan dah tu. ;)



go greeny!! Cantik tp simple sangat ;)



Yang ni biase je. cuma aku suka tulisan jawi tu je ;)



Yang ni TERBAIK.
Ye, aku tau korang mesti cakap tak cantik langsung.
tapi tidakkah ini melambangkan hari raya? bermaaf2 antara satu sama lain.
untuk menghapus dosa lalu. ;)



Kalau tahun lepas, aku beraya di perantauan. sila baca link ini untuk mengetahui ape yang berlaku thn lepas. ;)


Tahun ni dapatlah beraya di kampung tercinta. tapi sempat je aku buat Salam Perantauan kat Berita Harian. kuar paper beb. kuar. ;)


Oh lupa, ya ampun. banyak bangatttt jemputan and undangan. Usahkan majlis kahwin, majlis bertunang, majlis kesyukuran, tetapi majlis berinai pon dijemput. InsyaAllah akan cuba pergi kalo sempat.

Tapi kalo majlis korang raya ke 3 tu memang tak dapat nak nolong lah. sebab umah i pon wat kenduri jugak. tapi i akan cuba lah.
Masa my sis ckp yang umah ktorg wat kenduri raya ke 3, ape lagi. down abes la.
Ye la. banyak kot undangan kawan2 raya ke 3. tapi memg SENTAP abes bila my sis tanya i balik,


"Mu ni peting kawan ke family???"


Sentap takkkkk??? SENTAPHATIMAKNAKKKKK


FAMILY shud comes first. ;D


hurm, kalo nak pegi majlis korang tu, kena skip tolong my mum masak2 la pagi tu utk kenduri. itupon kalo dpt greenlight dr mama. tapi, mungkin terpaksalah malam tu aku dikerah tenaga sepenuhnya kalo nk skip tolong2 masak neh. plus, kakitangan umah i ni semua dah senior citizen dah. ;)


Dengan ini nak menjemput rakan2, sahabat taulan, kawan lama, kawan baru, kawan2 datang umah aku raya ke 3. Majlis bermula tengah hari. Umah aku kat Pasir Putih. Kg Kelubi. kat lorong TNB Jalan Machang. Rumah sebuah. kalo nampak ramai2 org tu, itulah umah aku. Jemput datang ye ;)

Nanti i update status kat Fesbuk pula ye untuk undangan ini. *kalo sempat la* ;)






Ok, dalam banyak2 lagu raya, lagu ni paling terkesan dihati <3




Banyaknya merapu pasal raya.
tapi dalam2 bergembira nak menyambut Aidilfitri, sedarkah kita bahawa kita sudah di penghujung RAMADHAN???????
Tipu lah kalo aku ckp aku tak sedih bila Ramadhan bakal berakhir.
Sebab tahun ni ZERO. kosong.
Rasa pengisisan yang dibuat tu rasa mcm incomplete sgt. mcm kosong je.
Itulah aku. ya, inilah aku. seorang yg mudah hanyut dgn dunia sendiri...


Bersempena Aidilfitri ini,
Ampun dan maaf andainya...

TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana2,
TERpekik ditelinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena,
TERumpat bila2,
TERmacam2 lagi yang kena mengena....

MAAF ZAHIR DAN BATIN ;)


Sunday, August 14, 2011

still tak dapat jumpe...



Hari2 doa..
especially bulan mulia ni..





tapi..
masih menunggu..
masih mencari..
manelah tahu..
tahun ini dapat jumpa lagi..





tahun lepas tak dapat jumpa..
sedih..
rinduuuuuuu sangat2..


Tahun ni,
aku rindu..
rindu yang semakin mendalam..
bagaimanalah keadaan dia..
tak mahukah dia berjumpa denganku?



Aku di India,
Ya, memang jauh..
jauh sgt..
tapi ini bukannya penghalang untuk dia melihat aku.
memerhatikan gerak geri aku..
menyaksikan rutin harian ku..




Sumpah..
Aku RINDU wajah suci dia..
;'(




Semenjak dia tiada,
aku sentiasa menantikan Ramadhan untuk bertemu dengannnya..
sebab bulan ini sahajalah peluang aku untuk berjumpa dengannya...
Ramadhan lagi 17 hari saja..




Sempatkah??
Mampukah aku??
Menangiskah aku lagi apabila dapat menatap wajah sucinya...




Masih teringat lagi,
Ketika Ramadhan beberapa tahun lalu..
Dia muncul dihadapan ku..
Lalu tanpa menyangka..
Air mata jernih mengalir di pipi...
Aku pasti..
itu air mata rindu..
rindu yang sangat mendalam buatnya..
rindu yang tak mampu ku ucap.
hanya titsan air mata yang mengalir..
menjadi bukti kerinduanku..



Aku masih menanti..
Kemunculan mu pada Ramadhan ini..
Walaupon hanya sekelip mata..
Aku pasti bersyukur..
Datanglah padaku..
Duhai arwah ABAH kesayanganku......


;'(


Al-Fatihah

Sunday, August 7, 2011

Hari Baik, Bulan Baik..


Salam.


Semua tahu Ramadhan adalah bulan yang mulia.
Sebulan yang lengkap untuk meLATIH diri menjadi lebih baik.
meLATIH taw. bukan meMAKSA.

Bila nak buat baik, mesti org syak something.
ye lah, sbb dh memg terkenal sbg budak jahat.

Orang cakap buat baik kena sorok2. nanti tak ikhlas.
Tapi bukankah ikhlas itu milikNYA. Dia yang Maha Mengetahui.

Sekarang ni kalo orang nampak kita berbuat baik, dikatakan 'tak baik' sebab menunjuk-nunjuk.
Abestu takkan nak buat jahat, then tunjuk2 kat orang? Nak ke kita jadi role model yang jahat?


Akan terus mencuba. So,
Senyum :)


Susahnya nak jaga hati semua orang. Tapi sangat setuju dengan ini :

"Dalam Islam & sbg Muslim, kita tidak perlu tunduk dan risau dengan 'penerimaan' orang lain.
Risau mengenai penerimaan Allah adalah kekuatan seorang Mukmin" - Quoted by Wardina Saffiya


thanks yo!!

Ustazah pula hari ini.

Wassalam

Monday, August 1, 2011

Keliru?? Sampaikan kepada mereka..






Salam..



Berkat Ramadhan yang mulia ini, saje nk share something with u all.



TOLONG BACA, JANGAN TENGOK JE.
SEBAR2KAN KEPADA YANG MASIH KELIRU...




Eh jap nk copy & paste.. XD



...




Bahan-bahan yang boleh membatalkan Puasa


Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cec

air dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.


TIDAK MEMBATALKAN PUASA.


( 1 )Eye and ear drops, and ear wash.

Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga


( 2 ). Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.

Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).


( 3 ). Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor's or midwife's fingers during pelvic examination.

Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin).


( 4 ).Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.


( 5 ).Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.

Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.


( 6 ). Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.

Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.


( 7 ). Blood donation or receiving blood transfusion.

Penderma atau menerima pemindahan darah.


( 8 ). Oxygen and anaesthetic gases.

Oksigen dan Gas Bius.


( 9 ). All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.

Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.


( 10 ). Drawing blood samples for laboratory testing.

Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.


( 11 ). Catheter and media for arteriography of heart or other organs.

Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.


( 12 ). Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.

Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.


( 13 ). Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.

Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut


( 14 ) Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)


( 15 ). Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.


( 16 ). Nose drops, nose sprays, and inhalers.

Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.(Asthma)


( 17 ) Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.

Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.


( 18 ). Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.

Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk

berpuasa.


( 19 ) Machine or intraperitoneal renal dialysis.

Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut


( 20 ). Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.

Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.




Artikel diambil dari Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.




Moralnya :

Kita sebagai Doctors/ dotors to be, banyak peranan yang perlu dimainkan. Especially kita ni sebagai Doctor Muslim. Bukan sahaja membantu menyembuhkan penyakit dengan izin Allah, tetapi juga ibadah kerja yang kita lakukan ini sedikit sebanyak membantu pesakit kita untuk terus beribadat walaupon dalam keadaan sakit.







PssT : Teringat masa form 3, tanye mcm2 kt dentist yang nak check gigi. takot batal puasa ganti aku hari tu..haishhh..




PssT 2 : Selamat berpuasa utk mereka yang di Malaysia. Kami di Bangalore mula puasa lambat sehari dari kalian. ;)



PssT 3 : bilik dah berubah susun atur. sempena kedatangan Ramadhan. Aku memg suka alih-mengalih perabot neh. Sampai pecah EDP Elizabeth Arden aku..(-_-")

PssT 4 : Berpuasa di perantauan bersama rakan2. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya..

PssT 5 : Sharing is CHEERING..Sampaikan walau satu ayat. ;)


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna



Salam..

Syukran. we meet again ya Ramzan.
Ramzan? yessaa. the locals called Ramadhan = Ramzan.

nothing much wanna share.
as everyone wishes the best in Facebook, twitter or any other social networks.


and let the pic talking & drooling ur eyes.
Open ur eyes as well as ur HEART when reading this.....






Buka telinga dan hati untuk mendengarnya

Salam Ramadhan dari saya.
Maaf andai tersilap kata..
Wassalam...

Wednesday, July 20, 2011

takde keje




Salam...

Mase kecik2..
Bila sebut cita2..
trus terbayangkan untuk jadi ini...









...













....





Inspektor Polis Wanita. Inspektor Farah!!!


Machooooo ahhhh...
Mungkin darah polis arwah abah mengalir dalam diri..
tp skarang, darah hospital mamaku yg kuat mengalir dlm diri aku..
haha..
ape2pon ini smua rezeki..
memang tak layak pon nak jadi POLIS..
badan pon sgtttt COMEL. ade hati nak jadi polis..




hurmmm..takde pape nak crita sbnrnye..
ingt nak post pasal Ramadhan..
tp rase lmbt lg..
lambat lagi??
huh..

beberapa hari lagi laa maksud aku.. :)
skarang dh akhir Syaaban..
Banyakkan Istighfar yea..
Banyakkan sabar..





Saturday, July 9, 2011

the eternal L.O.V.E






Happy 3rd Anniversary (060708 - 060711)




I never ever tot that we would make it till dis far. Three blissful-full years!
I can’t believe it has been three years already.
Oh time flies so fast. Walking and ticking like 240km/h everyday.

How life seems to be going so slow at first and now looking back at where we just started.
It's superb-ful. and still of cos the ups and downs happened. and It all depends on how the two of us are willing to converse again and then go on and on and on till the sea never touches the sand.



Yes him. Lebahku. My Bee




Anyway, am happy. am glad becoz I chose him as my future partner. still, no one is perfect.




Mohd Hafiz Abd Halim & Nurfarhana Mohamed Rusli



yeeaahhhh i know i cannot find my Mr right perfect man.
but he is perfect for me. err, i mean my pREfect. :D

He compliments me very much. He shuts down my anger. He controls my bad habit. He sacrifices a lot and the vital one is, he accept me as well =)

However, he also need a little push here and there sometimes from me.
See, we compliment each other. :P






the holy faces when we were young. the early relationship.
kahkah



Mama always says, "Jodoh Allah dah tetapkan. Tak semestinya org yg kita sayang ini jodoh kita. Bercinta lama2 pon belum tentu dia milik kita. Doa banyak2 and start istiqarah, Farah!!!"

And yes mama, im following ur words. Hafiz n me are now in long distance relationship. Hardly to meet up, hang out, cinema out and if i met him, mama juz gives me about 1-3 hours only and shud have accompany.

Mama is not a 'narrow minded' person but i know, mama did this for me becoz she loves me.


3 Years. We celebrate our anniversary and look to the future.
Let’s focus on loving each other, heart and soul.



I guess what I’m trying to say in this rambling post is, I want to thank him for sticking his heart with me in these few years. and am not promoting him as the Prince Charming. but i really wish that our eternal love ends with serious holy bond.

and so true that we are preparing for our big day slowly.
slowly becoz not at dis nearest year.


and what i believe the most is, the words from my mum :-

"Kita merancang yang terbaik, tetapi perancangan ALLAH adalah yang paling sensitive, specific & accurate"




"Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry"

Mode : Jiwang karat




wassalam




Sunday, June 19, 2011

Father's Day???




Sayu je hati bila bangun je dari tidur, bukak fesbuk..
tengok recent post kt Wall fesbuk tu terus rasa sedih.
Lagi sedih bila baca entry terbaru memberku kat blog dia mengenai papa dia.
tapi aku kan dah besar. kena tahan semua tu.


Sumpah.
aku tak pernah sambut Father's Day.
apetah lagi arwah abah meninggalkanku ketika berumur 6 tahun lagi.
masih mentah. masih tak tahu apa2.
yang aku tahu, akulah anak kesayangan abahku.
sehinggakan adik beradikku cukup jeles dengan ku.

Abah, Abi, Papa, Daddy etc..
semuanya sama. tanggungjawab mereka juga sama.
kasih sayang mereka terhadap anak2 juga sama.
tapi kini, tanggungjawab dan kasih sayang itu berpindah tangan kepada Mama ku.

so,



....














.......







....







Happy Father's Day to my MAMA, Pn Tayabunisah.
U are my MUM, and u are my FATHER too.


Abah, walaupon hanya 6 tahun sempat rasa kasih sayang dari abah, abah tetap sentiasa di dalam doaku. AlFatihah......