CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 26, 2012

What friends for anyway??

Salam..

Hepi Sunday everyone ;)

Nothing much wanna to say..
just want to share a video that affected me so much just now..
a worth watching video. it's all about friendship..
so here i pasted it ;)





suka part last skali video ni..masa dia ckp :



"Love your friends as you love yourself, that is a perfect IMAN"  (^_^)



“Doa seorang saudara terhadap saudaranya di LUAR PENGETAHUANNYA adalah doa yang diPERKENANkan,
 di sisinya ada seorang malaikat yang diwakilkan. Setiap kali beliau mendoakan kebaikan untuk saudaranya malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: “Amin, dan bagimu juga seperti itu” –Riwayat Muslim 



Tak rugi kita mendoakan kawan2 sesaudara kita. Kerana setiap apa yang kita doakan kebaikan untuk mereka, pasti akan kembali kepada kita berkali2 ganda kerana diAMINkan para malaikat.
Try this, seriously, it really works..



Start from now, aku kena perbaiki diri, pulihkan silaturrahim, jauhi pertelingkahan, tingkatkan persefahaman,
rendahkan ego dalam diri dan bermaafan antara satu sama lain. Tegurlah kesalahanku. Tidak rugi kita bersahabat kerana indahnya sebuah persahabatan.

Maafkan aku wahai sahabat kerana sering menyakiti hati kalian.
Buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih.



..Kawan sampai syurga..








Saturday, February 18, 2012

Aku, Dia dan Facebook

Ini bukan nak wat sinopsis tentang Drama "Aku Dia dan Facebook" lakonan abg Aqasha kacak itu..bukan..






Dunia facebook semakin maju.
tidak dinafikan bahawa facebook lah antara social network yang paling best untuk mengeratkan hubungan silaturrahim..

dan facebook jugalah menjadi tempat untuk berkongsi ilmu maklumat, menyampaikan dakwah,
pusat berbisness terunggul, tempat bercinta, tempat 'check-in', tempat menyampaikan isi hati dan amarah, tempat berkongsi cerita suka dan duka, tempat bermain mcm2 bagai games n application dan
macam2 lagi la..*tak terpikir dek akal dah*


dan in general, facebook juga TANPA sedar sudah menjadi tempat untuk kita mengaibkan diri sendiri. macam seolah2 membuka pekung di dada..
(-_-")


Biasalah, bila ada kelebihan, pasti ada keburukan bukan?


sekian.



PssT :  Dah tukar nama sebenar kt profile Facebook.

Tuesday, February 14, 2012

The Faith Circle

Salam..

"HABLUMMINALLAH HABLUMINANNAS"


soal hubungan manusia dengan Allah SWT (hablumminallah) dan 
hubungan manusia dengan manusia yang lain (hablumminannas).


This is some n simple knowledge that i got from our weekly usrah or i call it as our "faith circle"

im not telling u that im good enough since i've joined usrah,
but telling you the truth, i am sooo soooo bad and i know i need guidance.
i mean extra vaganza guidance!


Back to the topic..

as for me..
nak menjaga hubungan dengan Allah Yang Satu itu pon susahhhh sgt,
inikan pula nak menjaga hubungan sesama manusia yg banyak ragam belum masuk dgn ragam diri sendiri lg :(

apa yg aku dapat,
yang penting jgn cari salah org lain, 
cari silap diri sendiri dulu before we judge people!!
stop pointing nonsense to people who we 'like' lesser,
but find our true color first and admit our mistakes as well.


then, ask for forgiveness if we have done any mistakes OR
just ask for forgiveness EVEN we are in the RIGHT track because He loves people who keep forgiving!


and then if the same problems occurs repeatedly or like an endemic...
i know who can stand this for soooo many times right?
Face the world and do nothing.
Talk if NECESSARY and juz treat them just like how they have "treated" you before. Simple.



"remembering the past is easy, the difficult part is forgetting"




This is my blog and OBVIOUSLY i can write anything that i want without limit



Thursday, February 9, 2012

Of Emergency Medicine & Orthopedics

Alhamdulillah..
berakhir sudah EOP Emergency Medicine & Orthopedics.
How were 'em?

one word..
"LEGA"


Next, welcoming Psychiatric Posting for 2 months!
Hope that everything goes smooth & well..


Semalam dpt emel dr En Nizam.
Harap2 ape yg IMSA plan beberapa bulan lepas menjadi kenyataan.
kalo dh konfem nanti i share2 ek ;)


thank peeps ;)

Sunday, February 5, 2012

Hari Kekasih??

Assalamualaikum..

Februari merupakan hari kekasih.
tapi bukan hari kekasih itu yg mahu aku bicarakan.
tetapi.
Hari memperingati Kekasih Allah..
Ya Rasulullah S.A.W.


MasyaAllah,
Aku penah terdengar ceramah oleh seorang tokoh islam di Malaysia yang pernah bermimpi bertemu dgn Rasulullah..
Subhanallah. Bertuahnya diri. Mendengar saja pun terasa bertuah apatah lagi mengalaminya.


Ya Allah,
Rindunyaaa kat Rasulullah..

Masih ku ingt lg detik2 terakhir aku ketika di Masjid Nabawi, Madinah (2007)..
Di mana disitu letaknya Makam insan Maksum ini..
Masa tu sedang solat Zohor berjemaah. Dan aku tahu selepas itu, kami akan berangkat pula ke
Kota Suci Mekah untuk meneruskan ibadat Umrah..

Ketika aku di tahhiyat awal,
dengan bacaan "Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh"
"Wahai Nabi selamat sejahatera semoga tercurah kepada Engkau wahai Nabi Muhammad"




Tidak semena2..
air mataku jatuh berguguran tanpa henti ketika itu.
untuk kali yang ke berapa memang tidak terkira.
Perasaan yang berbeza jika hendak dibandingkan sebelumnya..
ketika itu perasaanku lain sekali.
Sayu sekali.
Sedih sekali.
Seolah2 aku dapat mendengar dan merasakan bahawa Rasulullah
sedang menjawab salamku kepada baginda.

Subhanallah..
Adakah Baginda mendengar ucapan salamku??
Air mataku jatuh berguguran sepanjang rakaat ke-3 dan ke-4 tanpa henti.
Mungkin itu air mata kesedihan kerana akan meninggalkan Kota Suci Madinah..
dan mungkin juga itu air mata kegembiraan.
Apabila dapat merasakan bahawa Rasulullah berada terrrrlaaluuu dekat seperti di hadapanku.
yang sudi menjawab salamku.

Di tahiyat Akhir pula..
perkara yang sama berlaku..
Memg tidak dapat digambarkan bagaimana perasaanku ketika itu.
suatu pengalaman yg tidak dpt diceritakan dan dikisahkan.
hanya aku dan Allah saja yang tahu bagaimana keadaan, perasaan dan ape yang terjadi ketika itu.

Begitulah Ya Rasulullah,
Seorang insan yang maksum..
yang merindui semua umat baginda..

pernahkah aku merindui Baginda???
Ikutkah aku dengan sunnah Baginda??
Mampukah aku menjadi umat terbaik baginda??



Masjid Quba.. Masjid pertama yang di dirikan Rasulullah SAW.
 Tapi Masjid sekarang ni selepas pengubahsuaian dilakukan.
 Here are my younger sis & Makngah


 At Jabal Sajadah..


@Jabal Sajadah..Di katakan Tapak Kaki Rasulullah.






Delegasi di Jabal Thur. 


 Berjalan2 sekitar bandar Madinah selepas Subuh



Kami tiga beradik di belakang. Yang depan tu sepupu ;)



Rasulullah, berilah aku syafaatmu...



PssT : Dengan rasa rendah hati, perkongsian ini bukan bertujuan untuk berbangga apatah lagi menunjuk-nunjuk.. Saya yakin para pembaca sudahpun baligh untuk membezakannya maksud tersirat dengan apa yang ingin saya sampaikan.

terima kasih