CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 5, 2012

Hari Kekasih??

Assalamualaikum..

Februari merupakan hari kekasih.
tapi bukan hari kekasih itu yg mahu aku bicarakan.
tetapi.
Hari memperingati Kekasih Allah..
Ya Rasulullah S.A.W.


MasyaAllah,
Aku penah terdengar ceramah oleh seorang tokoh islam di Malaysia yang pernah bermimpi bertemu dgn Rasulullah..
Subhanallah. Bertuahnya diri. Mendengar saja pun terasa bertuah apatah lagi mengalaminya.


Ya Allah,
Rindunyaaa kat Rasulullah..

Masih ku ingt lg detik2 terakhir aku ketika di Masjid Nabawi, Madinah (2007)..
Di mana disitu letaknya Makam insan Maksum ini..
Masa tu sedang solat Zohor berjemaah. Dan aku tahu selepas itu, kami akan berangkat pula ke
Kota Suci Mekah untuk meneruskan ibadat Umrah..

Ketika aku di tahhiyat awal,
dengan bacaan "Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh"
"Wahai Nabi selamat sejahatera semoga tercurah kepada Engkau wahai Nabi Muhammad"




Tidak semena2..
air mataku jatuh berguguran tanpa henti ketika itu.
untuk kali yang ke berapa memang tidak terkira.
Perasaan yang berbeza jika hendak dibandingkan sebelumnya..
ketika itu perasaanku lain sekali.
Sayu sekali.
Sedih sekali.
Seolah2 aku dapat mendengar dan merasakan bahawa Rasulullah
sedang menjawab salamku kepada baginda.

Subhanallah..
Adakah Baginda mendengar ucapan salamku??
Air mataku jatuh berguguran sepanjang rakaat ke-3 dan ke-4 tanpa henti.
Mungkin itu air mata kesedihan kerana akan meninggalkan Kota Suci Madinah..
dan mungkin juga itu air mata kegembiraan.
Apabila dapat merasakan bahawa Rasulullah berada terrrrlaaluuu dekat seperti di hadapanku.
yang sudi menjawab salamku.

Di tahiyat Akhir pula..
perkara yang sama berlaku..
Memg tidak dapat digambarkan bagaimana perasaanku ketika itu.
suatu pengalaman yg tidak dpt diceritakan dan dikisahkan.
hanya aku dan Allah saja yang tahu bagaimana keadaan, perasaan dan ape yang terjadi ketika itu.

Begitulah Ya Rasulullah,
Seorang insan yang maksum..
yang merindui semua umat baginda..

pernahkah aku merindui Baginda???
Ikutkah aku dengan sunnah Baginda??
Mampukah aku menjadi umat terbaik baginda??



Masjid Quba.. Masjid pertama yang di dirikan Rasulullah SAW.
 Tapi Masjid sekarang ni selepas pengubahsuaian dilakukan.
 Here are my younger sis & Makngah


 At Jabal Sajadah..


@Jabal Sajadah..Di katakan Tapak Kaki Rasulullah.






Delegasi di Jabal Thur. 


 Berjalan2 sekitar bandar Madinah selepas Subuh



Kami tiga beradik di belakang. Yang depan tu sepupu ;)



Rasulullah, berilah aku syafaatmu...



PssT : Dengan rasa rendah hati, perkongsian ini bukan bertujuan untuk berbangga apatah lagi menunjuk-nunjuk.. Saya yakin para pembaca sudahpun baligh untuk membezakannya maksud tersirat dengan apa yang ingin saya sampaikan.

terima kasih




No comments: