Maaf.
bukan ingin menceritakan tentang kisah Senandung Semalam nyanyian Jamal Abdillah.
Cuma ingin berkongsi cerita tentang Senandung Al-Fatihah..
Semenjak beberapa bulan ini, group kami sangat menekankan tentang surah teragung..
Surah Al-Fatihah..
dan aku tahu..
Ramai yang memandang remeh. apetah lagi berlagak besar.
Iya lah, kerana sudah fasih membaca Al-Fatihah sejak dari usia setahun jagung lagi bukan?
Namun, ketahuilah bahawa..
betapa ramai diantara kita masih terSALAH bacaan Tajwid dan Makhrajnya..
termasuklah aku sendiri..
:(
Terdetik dihati, "susah rupanya bacaan Al Fatihah ini"
Maklumlah, lidah sudah tebal dan sudah keras dan kelu untuk membaiki bacaan.
iyelah, usiaku yg semakin menjangkau suku abad..
kini aku bertatih. memulakan langkah kembali.
inginku cuba..
inginku istiqamah..
tidak mahu ku tersungkur jatuh. Lagi.
dan andainya aku tersungkur duhai sahabat yg diredhai..
tariklah aku kembali..untuk mengenal penciptaku........
walaupun aku terpaksa merangkak kembali..
Marilah kita mengambil kesempatan untuk memperbaharui bacaan Al-Fatihah kita.
Jangan ego atau malu untuk belajar.
kerana bukankah belajar itu sehingga ke liang lahad?
dan bukankah cita2 kita semua untuk menjadi yg lebih baik :)
"Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya
Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat"