CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 19, 2011

KepadaMu ku bersujud...





Dalam apa jua keadaan..
setelah kita berhempas pulas mengharungi onak dan duri kehidupan..
janganlah SOMBONG untuk meminta dariNya..
janganlah BONGKAK untuk merayu dariNya..
kerana Dialah yang Maha Pemberi..
Segala nikmat di muka bumiNya ini..

Ya, setelah kita tidak malu untuk meminta dariNya..
setelah Dia tidak pernah tuli mendengar rintihan kita..
setelah Dia tidak pernah mengecewakan hamba2Nya..
setelah Dia tidak pernah jemu memberi kepada kita..
dan setelah Dia melakukan segala2nya...

wajarlah untuk kita bersyukur kepadaNya..
wajarlah untuk kita berterima kasih kepadaNya..
wajarlah untuk kita sujud syukur kepadaNya..
wajarlah untuk kita kembali kepadaNya..
Ya, kepada Dia yang Maha Memberi..

Namun, janganlah pula kita lupa..
setelah banyak yang Dia beri..
pasti akan ada ujian dariNya..
yang akan tetap terus menguji kita..
sebagai tanda cintaNya kepada kita..

Sentiasalah berdoa..
agar kita tidak diduga dengan dugaan yang tak mampu untuk dipikul..
agar kita mampu menghadapi dugaan yang mendatang..
dengan penuh REDHA..


Ya Allah,
terima kasih diatas segala nikmat kurniaanMu kepadaku..
begitu banyak Engkau telah membantuku..
kupohon agar nikmat yang kupinjamkan ini dikekalkan..
dan akan ku guna ia sebaik mungkin..
Namun aku haruslah jua sentiasa beringat,
bahawa Engkau juga pasti akan menduga hambaMu ini..
Ya Allah,
Janganlah engkau menduga aku dengan dugaan yang tak mampu aku tempuhi..
kerana aku tidak sekuat itu Ya Allah..




"ALLAH did not promised that the way would be easy, but HE did promised that HE will be with us in every single step of our life, as long as we want HIM too..."




Amin..


PssT : Janganlah lokek untuk mendoakan kejayaan rakan seperjuangan kita, kerana jika kita mendoakan mereka tanpa ketahuan mereka, nescaya Allah melipatgandakan doa2 tersebut untuk kita pula..Jauhilah perasaan hasad, cemburu, riak & takbur kerana kita perlu sama2 berjaya untuk pembangunan umat kita yang sebenar..Alangkah manisnya sebuah kejayaan andai kita semua berjaya.......




No comments: