CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 2011












Salam.


Dupdapdupdap...

Fikiran melayang terbayangkan MALAYSIA.
Pergi kelas pon skadar nak cukupkan attendance yang byk sgt rongak. ;)
Dalam kelas tokleh nk fokus. asyik terbayangkan wajah2 family tersayang.


Yes, esok..

esok je lagi..
sehari je lagi..
untuk 26 Ogos 2011......



InsyaAllah aku akan menjejakkan kaki ke Malaysia bumi tercinta.
Bertemu keluarga yang paling aku sayangi.

untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan.
setelah berpuasa, tahan perut, tahan hati, tahan nafsu, tahan marah, tahan rindu, tahan segala2nya selama sebulan... :)


Inilah antara yang paling aku ingin temui....


My EVERYTHING. My MUM..
Tiap2 kali raya mesti berebut dgn adik bradik lain nak salam and cium tgn mama lepas balik ziarah kubur arwah abah. Tapi abelong slalu dpt dlu sbb ikut turn. isk, aku turn no 4 la jadinya.
Tapi beberapa thn ni, aku akan bgn awal2 pagi, cepat2 pegi dapur sbb mama bgn awal pagi untuk sediakan juadah raya. Then time tu lah aku salam,kucup tgn mama, kucup dahi, pipi and rambut putih mama and minta maaf sgt2 sambil meleleh ayaq mata.
banyak sgt dosa aku dgn mama. maklumlah anak nakal.
Harap2 tahun ni aku berkesempatan untuk berbuat sedemikian.
Rindunyaaaaaaaaaa nak tido & peluk mama. ;(









1st NIECE. AINNUR RIZQEEN. tapi ktorg panggil EJEKIN je.
Eeeeeeiiii, geram nk chiiiuuuummmm..nak layan dia bercakap, nak main masak2 ngn dia,
nak suap dia makan, nak mandikan dia tapi TAKNAK basuh berak dia. suka sgt berak budak ni. pastu slalu cari aku sbb nak suruh aku basuh berak dia. eeeuuuwwww sgt tp comel!!!!
Eh, lupa. lagi satu nak lempang and cubit pipi and mulut dia kuat2. geraaaammmmmmm






2nd NIECE. Qaseh Arfa Aydelin. panggil Qaseh je.
Budak ni aku tak sempat tengok lagi. katanya kuat nangis. eeeeiiiii, nak gigitttt je rase budak ni. hahaa. balik ni siap awakkkk. Ateh nak gigittttttt. Kuat nanges sgt yeaa sayang~~~




Ok dah merapu banyak sgt ni.
tadi duk usya2 wallpaper raya aidilfitri.
tibe2 tringat zaman kanak2 ribena,
masa tu main balas2 kad.
"pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas"
"pecah kaca pecah tong sudah baca harap gantung"

eeewwww, innocent sgt masa tu. LAME abes.

tapi seronok wooooo. siap gaduh ngn kakak aku.
bertanding sapa dpt kad terbanyak. then gantung byk2.
ok demmmm, aku kalah masa tu. aku dpt sket je kad dr kawan2.
demmm kat posmen sbb ade ke patut hantar kad raya utk aku pas raya.
memang kalah la aku masa tu dgn kakak aku.
choy!


tapi itu dulu..
Dunia dah maju, zaman dah berubah.
sekarang ni guna e-kad je. siap ade lagu.
still, TAK BEST!!!!!


ok tadi takde keje.
godek2 tgk wallpaper raya.
then jumpa lah beberapa kerat ni.
takde lah menarik sgt. tp menarik jugak la. ;)









Ni cantik gak laaaa..Liplapliplap gitu. ;)



Ni mcm dull gile. haha. xpe, pelita tu dah memeriahkan dah tu. ;)



go greeny!! Cantik tp simple sangat ;)



Yang ni biase je. cuma aku suka tulisan jawi tu je ;)



Yang ni TERBAIK.
Ye, aku tau korang mesti cakap tak cantik langsung.
tapi tidakkah ini melambangkan hari raya? bermaaf2 antara satu sama lain.
untuk menghapus dosa lalu. ;)



Kalau tahun lepas, aku beraya di perantauan. sila baca link ini untuk mengetahui ape yang berlaku thn lepas. ;)


Tahun ni dapatlah beraya di kampung tercinta. tapi sempat je aku buat Salam Perantauan kat Berita Harian. kuar paper beb. kuar. ;)


Oh lupa, ya ampun. banyak bangatttt jemputan and undangan. Usahkan majlis kahwin, majlis bertunang, majlis kesyukuran, tetapi majlis berinai pon dijemput. InsyaAllah akan cuba pergi kalo sempat.

Tapi kalo majlis korang raya ke 3 tu memang tak dapat nak nolong lah. sebab umah i pon wat kenduri jugak. tapi i akan cuba lah.
Masa my sis ckp yang umah ktorg wat kenduri raya ke 3, ape lagi. down abes la.
Ye la. banyak kot undangan kawan2 raya ke 3. tapi memg SENTAP abes bila my sis tanya i balik,


"Mu ni peting kawan ke family???"


Sentap takkkkk??? SENTAPHATIMAKNAKKKKK


FAMILY shud comes first. ;D


hurm, kalo nak pegi majlis korang tu, kena skip tolong my mum masak2 la pagi tu utk kenduri. itupon kalo dpt greenlight dr mama. tapi, mungkin terpaksalah malam tu aku dikerah tenaga sepenuhnya kalo nk skip tolong2 masak neh. plus, kakitangan umah i ni semua dah senior citizen dah. ;)


Dengan ini nak menjemput rakan2, sahabat taulan, kawan lama, kawan baru, kawan2 datang umah aku raya ke 3. Majlis bermula tengah hari. Umah aku kat Pasir Putih. Kg Kelubi. kat lorong TNB Jalan Machang. Rumah sebuah. kalo nampak ramai2 org tu, itulah umah aku. Jemput datang ye ;)

Nanti i update status kat Fesbuk pula ye untuk undangan ini. *kalo sempat la* ;)






Ok, dalam banyak2 lagu raya, lagu ni paling terkesan dihati <3




Banyaknya merapu pasal raya.
tapi dalam2 bergembira nak menyambut Aidilfitri, sedarkah kita bahawa kita sudah di penghujung RAMADHAN???????
Tipu lah kalo aku ckp aku tak sedih bila Ramadhan bakal berakhir.
Sebab tahun ni ZERO. kosong.
Rasa pengisisan yang dibuat tu rasa mcm incomplete sgt. mcm kosong je.
Itulah aku. ya, inilah aku. seorang yg mudah hanyut dgn dunia sendiri...


Bersempena Aidilfitri ini,
Ampun dan maaf andainya...

TERkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana2,
TERpekik ditelinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena,
TERumpat bila2,
TERmacam2 lagi yang kena mengena....

MAAF ZAHIR DAN BATIN ;)


No comments: